MIRI 17 Okt. - Mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah dan putus telinga ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kilometer 92, Jalan Miri-Bintulu dekat sini awal pagi ini.
Mayat Muhammad Azarul Muhammad Sapie'ee, 20, yang beralamat di Kampung Wireless, Jalan Permaisuri ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 6.55 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, lelaki itu dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berikutan penemuan sebilah parang kira-kira 20 meter dari mayatnya.
"Pemeriksaan polis mendapati terdapat kesan tetak pada bahu dan belakang mangsa.
"Polis turut menemukan kesan darah di sepanjang jalan yang memberi petunjuk mangsa mungkin cuba melarikan diri sebelum terjatuh dan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|