CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Telur Naik Hingga 7 Sen

7-4-2020 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8269| Komen: 100

Kenaikan harga makanan ternakan menyebabkan harga telur ayam turut melonjak lima hingga tujuh sen sebiji.

Pengerusi Unit Telur Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak, Li Yoon Yean bagaimanapun menegaskan bahawa bekalan adalah mencukupi.



Gambar hiasan

“Makanan ternakan ayam adalah diimport seratus peratus dari luar negara.

“75 peratus bahan mentah iaitu jagung dan kacang soya adalah berasal dari Argentina dan Brazil dengan transaksi dijalankan dalam dolar Amerika Syarikat,” katanya kepada China Press seperti dipetik Malaysia Gazette.

Katanya, buat masa ini harga ladang bagi telur ayam gred A, B dan C adalah 37 sen, 36 sen dan 34 sen dan bekalan telur dalam pasaran bukan saja mencukupi, malah masih boleh dieksport ke luar negara.

Dalam masa sama, dia juga menyangkal dakwaan kenaikan harga telur berlaku akibat wabak selesema burung yang menjejaskan pengeluaran telur.


“Adalah biasa kalau berlaku ayam yang sakit dan kami akan menyingkirkan ayam tua dan sakit secara berkala untuk memastikan kualiti produk,” katanya.

Jelasnya lagi, kenaikan harga mungkin berlaku kerana peranan orang tengah akibat permintaan semakin tinggi dan isu logistik ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambahnya, bekalan masih dihantar seperti biasa. Namun, bagi kawasan berjauhan dengan ladang ternakan seperti Terengganu mungkin akan lambat menerima bekalan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizekni 7-4-2020 12:11 PM
Tokey cina li yun tu bagitau harga makanan ayam naik sebab import

ko suruh la kit siang pujuk dia jangan naik harga telur tu koneght

nampak sikit ada faedah kit siang tu hidup
Quote AbukRokok 7-4-2020 01:53 PM
telur dah xde... tinggal telur mahal je
Quote orgsepang 7-4-2020 02:01 PM
Dimana yang mahal, akak beli gred A sepapan rm10.40 lebih murah dari masa PH rm12.80.
Quote nelly7557 7-4-2020 02:22 PM
alaaaa...dulu pun turun 2 sen ja
Quote Kurex 7-4-2020 05:14 PM
Teringin telo separuh masak campur black pepper
Quote InVendeTTa 7-4-2020 05:26 PM
orgsepang replied at 7-4-2020 02:01 PM
Dimana yang mahal, akak beli gred A sepapan rm10.40 lebih murah dari masa PH rm12.80.

Murahnya sis..mana beli..aku bli kat speedmart td rm10.60 30 biji gred C

Bagi aku skrg mahal gile adelah bawang..ya ampun..almost rm9 for 1kg..timbang harga mcm beli anggur
Quote SPACE COP GABAN 7-4-2020 05:30 PM
Kat mana entah mahalnya....sama je harga. Yg buka thread ni dah p survey ke blm harga kat kedai tu ..ke copy and paste je...
Quote True-X 7-4-2020 05:34 PM
AKU SERIUSLY X KISAH.... asalkan bukan LGE jadi MOF.... hahhahah
Quote orgsepang 7-4-2020 05:35 PM
Edited by orgsepang at 7-4-2020 05:37 PM
InVendeTTa replied at 7-4-2020 05:26 PM
Murahnya sis..mana beli..aku bli kat speedmart td rm10.60 30 biji gred C

Bagi aku skrg mahal gi ...


Sepang tentunya.
Bawang india paling mahal, akak guna bawang besar saja campur bawang holand. Apa2 yang mahal melampau jangan dibeli, guna tang lebih kurang rasanya.
Quote famri7 7-4-2020 05:36 PM
Boring lah telur jd xterkesan pun.
Quote slyfynx 7-4-2020 05:42 PM
Hidup lg bijik koneght ni.
Igt mati tertimbus dalam gua dah
Quote sarah82 7-4-2020 05:44 PM
Kat rumah aku peruncit jual 30 biji telur saiz A rm10.50
Quote InVendeTTa 7-4-2020 05:53 PM
orgsepang replied at 7-4-2020 05:35 PM
Sepang tentunya.
Bawang india paling mahal, akak guna bawang besar saja campur bawang holand ...

Betul tu..kita yg reti masak mmg pandai la think outside the box masak dengan ape yg ade je.
Xde gas kehabisan pon bole saje masak  somethibg yg boleh makan kan

Tp dpt kat tukang masak yg lurus dan baca resipi payah sikitlah..haha
Quote KIM.K 7-4-2020 05:58 PM
No telur is my favourite
Nak buat telur masin lagi, telur century lagi, pickled eggs. I bukan beli telur itik ghana pun, telur tempatan

Kalau sepapan harga naik rm2.10..tiga papan dah rm6 lebih


Quote dudaberhias 7-4-2020 05:59 PM
macam sama je harga nokkk.. beli dulu pun memang harga gitu....

lain la satu telur 2 ringgit
Quote dino 7-4-2020 06:01 PM
True-X replied at 7-4-2020 05:34 PM
AKU SERIUSLY X KISAH.... asalkan bukan LGE jadi MOF.... hahhahah

kan.. asalkan takde cina dap tp bodoh tadbir ekonomi.. 22 bln je melingkup

Quote True-X 7-4-2020 06:14 PM
dino replied at 7-4-2020 06:01 PM
kan.. asalkan takde cina dap tp bodoh tadbir ekonomi.. 22 bln je melingkup

jasa LGE sesungguhnya telah mengubah pemikiran rakyat marhaen melayu khususnya... benar ada CINA yg bodoh urus duit...
Quote dino 7-4-2020 06:16 PM
True-X replied at 7-4-2020 06:14 PM
jasa LGE sesungguhnya telah mengubah pemikiran rakyat marhaen melayu khususnya... benar ada CINA y ...

jual aset pastu bangga puji diri sendiri.. mmg sejenis bodoh maths

dpt pegang jwtn puak2 cina depa dpt mcm2.. melayu tak lupa tuh...
Quote bloodyamuk 7-4-2020 06:47 PM
maaf tak perasan rege telur mahal...yang tau sardin dulu2 rm2.50, jadi rm5 pastu skang dekat rm7 kan?

kahkah

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.051975 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top