Menakjubkan, seorang pesakit wanita berusia 104 tahun dilaporkan sudah sembuh dari Covid-19 sekaligus menjadikan dia sebagai pesakit paling tua yang berjaya pulih.
Memetik laporan NYPost, Ada Zanusso jatuh sakit di rumah jagaannya di Biella, utara Itali pada 17 Mac lalu. Warga emas ini disahkan mengidap wabak Covid-19 selepas dia didapati mengalami gejala seperti muntah, demam dan kesukaran bernafas. Ditambah dengan faktor ramai penghuni rumah penjagaan itu yang dijangkiti wabak berkenaan, membuatkan anaknya Giampiero mula mengesyaki ibunya dijangkiti wabak tersebut. Namun, selepas dimasukkan ke hospital, doktor yang merawat nenek ini berkata keadaannya semakin menunjukkan kemajuan dari masa ke masa.
"Saya lihat dia bangun dan tidak baring di atas katil. Dia boleh berjalan lagi. "Dia dikurniakan kesihatan dan kecergasan. Pemulihannya adalah berita gembira buat kami di sini. "Ia petanda yang baik dan memberi harapan untuk kita semua melihat lebih ramai mengalami jangkitan Covid-19 pulih seperti sedia kala termasuk berada di Unit Rawatan Rapi," katanya. - CARI
|
kelapaparut replied at 7-4-2020 03:06 PM
org kate covid dr italy ni lg ganas dr covid china atau covid negara asia lain, xsangke acik 100thn ...
sharlenetexas replied at 7-4-2020 02:54 PM
Anaknya Giampiero umur berapa?
ADVERTISEMENT