Berita kematian seorang penumpang lelaki dalam kereta api di Bangkok di mana mangsa kemudiannya disahkan positif COVID-19 hangat diperkatakan di negara jiran malah turut mendapat perhatian media dari Malaysia. Dikatakan beliau telah difitnah meludah inidividu lain sebelum maut. Menurut pengguna Facebook, Ali Russia, kenyataan dari sebuah artikel telah menuduh Arwah Tuan Haji Zakaria Bin Yahya atau Anon Sahoh, 56 meludah ke muka individu sebelum maut di dalam kereta api.
Walau bagaimanapun, menerusi video yang tular tiada perbuatan meludah dilakukan. Malah pihak yang terlibat dengan kejadian turut menafikan bahawa arwah meludah ke muka mangsa sebelum menaiki kereta api.
Perkara ini turut dijelaskan oleh netizen yang juga merupakan kenalan rapat kepada mangsa yang meninggal dunia itu di mana dakwaan itu adalah tidak benar. Berikut adalah kiriman asal yang dibuat di Facebook mengenai penafian itu serta latar belakang mangsa yang sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat baik dalam kalangan kenalannya. Loading FB Post... Menurut Mohd Nasar lagi, pihak media di Thailand juga telah menyiarkan pengakuan seorang lelaki yang berada di dalam gerabak sama yang menjelaskan dia tidak diludah. Mangsa sebelum ini adalah merupakan seorang jemaah tabligh dan pernah memaklumkan padanya sebelum berangkat ke Pakistan pada awal Februari lalu untuk melakukan kerja dakwah di sana. Loading FB Post... Mangsa telah menjalani ujian saringan di sana dan sekiranya beliau disabitkan dgn COVID-19 ini, tidak sepatutnya beliau terlepas di lapangan terbang sehingga menaiki kereta api ke Golok dari Bangkok. Malah dia juga berpendapat ada kemungkinan mangsa juga tidak mengetahui beliau dijangkiti virus tersebut berdasarkan maklumat yang diperolehinya. - CARI
|
ADVERTISEMENT