Dalam pengumumannya kelmarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej Prihatin tambahan bernilai RM10 bilion bagi meringankan beban Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Sebelum menamatkan pengumuman tersebut, Muhyiddin sempat menyuarakan pendapatnya tentang ragam rakyat Malaysia yang terpaksa berkurung di dalam rumah. Beliau sedar rakyat ]mempunyai pelbagai idea kreatif dan setiap orang mempunyai cara tersendiri bagi menghilangkan bosan dalam menghadapi ujian dan dugaaan Allah SWT. "Tuhan tidak menguji atau bebani kita dengan perkara yang kita tidak boleh tanggung" Beliau juga tidak menghalang aktiviti masyarakat untuk menghilangkan bosan duduk di rumah. Apa yang penting, kita terus mengikut arahan PKP untuk memutuskan wabak COVID-19 Muhyiddin juga mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat supaya terus cekal dan bersemangat untuk mengatasi dugaan ini. |
Covid19 replied at 8-4-2020 10:26 AM
Ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini
MissyMolly replied at 8-4-2020 01:54 PM
lagu sbb hang la ni,covid...tp PM ckp berapa kali ke sana ke sini sbnrnya?sedap la lagu tu ...
Covid19 replied at 8-4-2020 06:12 PM
Haha takde la pm cakap sampai byk kali... I pun suka lagu shuffle tu..
ADVERTISEMENT