Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan bahawa rakyat yang pulang dari luar negara sama ada melalui penerbangan komersial atau sewa khas akan dikenakan kuarantin sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia bermula 3 April lalu.
Perkara ini diputuskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk menjadikan 63 premis tambahan milik sektor awam, swasta dan juga hotel lima bintang sebagai stesen kuarantin selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Namun, semalam kecoh seketika di Twitter apabila seorang wanita mengkritik kemudahan premis kuarantin yang dilaporkan berada di AKEPT, Nilai, Negeri Sembilan. Wanita itu turut mempersoalkan keadaan premis berkenaan yang dianggapnya seperti penjara dan mempersoalkan sama ada premis berkenaan sudah disanitasi sepenuhnya. Antara dua darjat Netizen dilihat kurang senang dengan tindakan wanita tersebut mengkritik kerana dia seolah-olah tidak bersyukur dengan kemudahan yang diberikan pihak kerajaan. Ramai juga yang membandingkan tempat kuarantin disediakan kepada rakyat gelandangan berbeza dengan mereka yang ke luar negara atas pilihan masing-masing. Sudahlah menyusahkan ramai pihak untuk menyediakan pusat kuarantin khas, malah 'demand' pula atas alasan pihak kerajaan juga ingin memacu kembali ekonomi khidmat perhotelan dan penginapan di negara kita pada ketika ini. Dikhabarkan, segala perbelanjaan penginapan serta makanan dan minuman ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Sudah pasti ianya menelan perbelanjaan besar. Individu tersebut dikritik netizen kerana dilihat 'menghina' pusat kuarantin yang tidak ada 'standard', ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan atau dalam kata lain 'dibayar' dengan menggunakan duit rakyat. Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami. - CARI
|
Leonclay replied at 7-4-2020 04:28 PM
Gov bg subsidi RM150 sehari sorg..klu nk tdo hotel mewah, kena pilih yg list gov sediakan shj supaya ...
babynina30 replied at 7-4-2020 04:42 PM
Aisyrumaisya tu ckp gomen byr. Dia saja bragging ke camne u
esteryen replied at 7-4-2020 04:38 PM
Govt kita mmg baik sgt. Colleague husband saya masih stranded kat Nepal, hari tu dia tak follow flig ...
Tinot7 replied at 7-4-2020 05:22 PM
Takat rm150 sehari, patut depa caj at least 50 per day utk org2 yg gatai melancong tu. Kalau mampu m ...
ADVERTISEMENT