CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akhirnya Keluarga Kami Bebas Covid-19!

6-4-2020 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4337| Komen: 20

Jika sebelum ini keluarga Pakar dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan, Dr Samsu Ambia Ismail yang tular kerana positif Covid-19, kini disahkan telah sembuh.


Keluarga ini juga mendapat perhatian sebelum ini kerana merakam video TikTok dalam wad seterusnya ramai mendoakan agar mereka cepat pulih.

Kredit foto: Twitter

Terbaru, berita gembira ini dikongsikan anak sulung keluarga itu, Erika Syamim, 17 menerusi Twitter malam tadi. 

Dia meletakkan kapsyen berbunyi 'Finally Covid free' turut memuat naik video TikTok menunjukkan mereka sekeluarga menukar pakaian hospital kepada pakaian harian biasa. 


“Okay so kitorang sekeluarga dah discharged! Thank you so much for all the kind prayers. Here’s probably our last TikTok together dekat hospital,” tulisnya.

Bernama melaporkan, keluarga ini disahkan sembuh selepas menjalani tiga ujian dan kini perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

"Kami perlu mematuhi kuarantin yang ketat. Pihak berkuasa akan menghantar makanan dan bahan asas kepada kami," kata Erika. 

Katanya lagi, selepas tamat kuarantin 14 hari, bapanya boleh kembali bertugas seperti biasa. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Nyahh


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nyahh 6-4-2020 04:59 PM
{:run{:run{:love{:love{:love{:love
Quote Tinot7 6-4-2020 05:13 PM
Tahniah.. tak payah la nak tiktok lagi ye dikk
Quote orgsepang 6-4-2020 05:16 PM
Alhamdullilah, semoga sembuh sepenuhnya keluarga bahagia ini.
Quote jazaa100 6-4-2020 05:18 PM
Susah nk cari yg mana mak....

Nampak sebaya je
Quote mejaputih 6-4-2020 05:18 PM
tahniah...kalau boleh derma plasma, jom derma lps 14 days nanti...
Quote munchkin 6-4-2020 06:38 PM
Alhamdulillahhhhhh. Happy to hear!!!!
Quote tagas 6-4-2020 08:00 PM
Jg la classy ur family sket dik

marhen pprt b40 jer nak bertik tok manjang nih

skali skala sudaa
Quote GigaMom 6-4-2020 08:43 PM
Bestnyaa besar family...
Quote cikkittydiva 6-4-2020 10:25 PM
Sporting dokternya.. alhamdulillah.
Quote Sham143 6-4-2020 10:37 PM
Alhamdulillahh... Best la family ni.. Tabah dn berfikiran positif.. Kalau stgh2 org dh panik & kecoh dh..
Quote hyie 6-4-2020 10:59 PM
standard la bebudak umur gitu main tiktok apa masalahnya
Quote Nes3in1 6-4-2020 11:00 PM
Syukur la nakkk...
Quote dudaberhias 7-4-2020 01:19 AM
alhamdulilah... mesti bosan sampai bertiktok bagai
dah tu je yang boleh buat dalam hosp
Quote Cik_dumbo 7-4-2020 04:40 AM
Alhamdulillah.. Semoga semakin ramai yg sembuh
Quote BoongaKertas 7-4-2020 07:35 AM
Alhamdulillah. Allahu. Takleh bayang happy diorang mcm mana. Dgr pengalaman org dok isolasi tu pun dah seram.
Quote husie91 8-4-2020 10:21 PM
Alaa korang nii biar la dia nak bertiktok pon kalau itu buat dia happy and lagi bersemangat.. nak lawan penyakit ni kita kena la kuat semangat takkan nak layan perasaan je.. walaupon deep down aku tahu kita takkan tahu macam mana rasa jadi pesakit covid ni selagi tak kena kat diri sendiri.. aku tak sokonh budak tiktok yang tah apa2 sampai tergadai maruah.. tapi kalau untuk suka2 okay jee.. jangan negatif sangat k.. or pukul rata semua yg bertiktok hehe
Quote Supersirap 11-4-2020 10:51 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Manjahati 11-4-2020 10:57 PM
Alhamdulillah sembuh dh satu keluarga
Quote harisbee 11-4-2020 11:58 PM
Budak nak bertiktok pun dengki...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.871870 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top