Sudah lama kita tidak mendengar gosip mengenai Pencetus Ummah kontroversi PU Abu dan isterinya yang pernah tular suatu ketika dulu. Sebelum ini, Hana Azraa mendakwa pendakwah muda itu berlaku curang serta mendedahkan foto seorang wanita yang didakwa sebagai skandalnya.
Terbaru, Hana mendedahkan dia dan PU Abu sudah pun bercerai menerusi satu posting di Instagram miliknya. Dia tidak mahu lagi ada pihak membuat spekulasi mengenai hubungannya bersama PU Abu selepas ini. Hana berkata, mereka bukan lagi suami isteri dan tidak mempunyai apa-apa hubungan. Jelasnya lagi, jika PU Abu mengatakan mereka masih lagi suami isteri dia sendiri tidak pasti mengapa bekas suaminya berbuat demikian. Semoga penjelasan ini dapat memuaskan hati semua pihak. Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari. - CARI
|
friedfishsoup replied at 4-4-2020 09:51 PM
Ok. Lepas ni harap korang dua lenyap dari bodgos.
rosannazmia replied at 4-4-2020 10:04 PM
Semuga abu dan hana dipermudahkan urusan jodoh lagi.. Sekian komen baik2 meols
ellejo replied at 4-4-2020 10:22 PM
dekat kampung aku ada janda mcm ni. caras laki orang, bila da dapat, tak sampai setahun dia ceraikan ...
ADVERTISEMENT