Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua kali ini dikatakan lebih ketat dan tegas, masih ada segelintir masih berdegil mengingkari arahan tersebut.
Sudahlah berdegil, mahu pula menegakkan benang yang basah. Demikianlah yang berlaku di sebuah medan selera apabila sebuah video memaparkan beberapa lelaki leka bersembang sambil minum telah tular di media sosial. Tindakan lelaki dalam video tersebut ternyata menaikkan amarah di kalangan netizen kerana sikap sombong dan tidak mahu mengaku salah kerana masih menyalahkan pihak berkuasa yang bertugas. Dalam video tersebut, lelaki tersebut kelihatan tidak senang dan berang setelah ditegur pihak berkuasa disyaki anggota dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
"Ni nasihat elok-elok tau, orang nak makan.. bungkus tau. Cakap elok-elok aku faham bahasa. Aku tau aku pegang "Nak bangun sabaq sat, cakap elok sikit. Tau hampa penguatkuasa," marah lelaki tersebut. Namun begitu, lelaki itu hanya beredar apabila penguatkuasa bertindak melipat meja yang sedang diduduki lelaki tersebut. Dia dilihat membaling cawan plastik ke arah pihak berkuasa sambil berkata "cakap elok-elok" dan membuat isyarat lucah. Netizen yang melihat video tersebut kagum dengan kesabaran pihak berkuasa kerana terpaksa berdepan segelintir masyarakat tidak prihatin dan degil dalam usaha menangani cabaran pandemik Covid-19. Apalah yang susah sangat duduk di rumah? Keluar hanya bila perlu, bukan dengan melepak tanpa arah tujuan seperti ini. Stay home, stay safe! - CARI |
crazybeach replied at 6-4-2020 05:43 PM
eh babi kau tu yang perangai tak reti hormat orang pakai seluar baju pun tak betul nak jugak menayan ...
ADVERTISEMENT