CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Dan 2 Anak Lelaki Selesa 'Berkelawar' Musim PKP

3-4-2020 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15462| Komen: 102

Lelaki mengenakan baju kelawar yang sinonim dengan sejenis pakaian sarung wanita bukanlah perkara baru. Selesa kata mereka.

Namun, tiga beranak ini mencuit hati ramai apabila mengenakan baju kelawar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga tular di Twitter.



Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Memetik mStar, tular foto Roslan Mohd Yunus, 57, diapit dua anak lelakinya, Muhammad Danish Imran, 19, dan Muhammad Darwish Imran, 16 berbaju kelawar milik isterinya.

Intan Ezra Syahirah atau Syasya, 27, anak sulung keluarga itu berkata kepada mStar bahawa ia sudah menjadi kebiasaan dalam rumah mereka walaupun sebelum PKP lagi.



Kredit foto: Twitter

"Sebenarnya ayah selalu pakai baju kelawar mak, sebelum Covid-19 lagi. Adik lelaki pun selalu je rembat baju kelawar mak.

"Cuma, adik lelaki paling bongsu tu baru start pakai sejak Covid-19. Tambah-tambah sekarang semua duduk rumah je sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Kredit foto: Twitter

"Masa adik saya mula-mula pakai, first impression dia kata sedap pakai. Sebenarnya, mak pun tak ada banyak baju kelawar, dalam lima ke enam helai sahaja.


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

"Adik lelaki siap beli baju kelawar untuk mak, sudahnya dia pakai sendiri," jelasnya. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 3-4-2020 03:02 PM
One word...gilosss
Quote MissyMolly 3-4-2020 03:02 PM
baahahaaa...jgn jd mak jemah sudah deq..tp mmg sejuk pun baju covid 19 ni
Quote MeghanK 3-4-2020 03:03 PM
hmm..meols pon tak pakai baju kelawar..nampak busuk dan bau bawang
Quote Boomibulat 3-4-2020 03:04 PM
Dlm rumah x kisah la kalau x pakai ape2 pun..yg x best ambik gambar tunjuk kat org..
Quote aijinmisaki 3-4-2020 03:04 PM
PKP ni memang boleh buat orang jadi gila ya?
Quote minahsenget 3-4-2020 03:07 PM
geliiiii, i tak suka pkai, setiap kali pkai mesti koyak kat ketiak
Quote Atata 3-4-2020 03:08 PM
Hahahaha

Quote Artemesiaa 3-4-2020 03:08 PM
Bila dah terperap kat rumah macam2 benda nak dicubanya
Quote Sham143 3-4-2020 03:11 PM
OK la tu... Yang penting bahagia..
Quote nolya 3-4-2020 03:11 PM
minahsenget replied at 3-4-2020 03:07 PM
geliiiii, i tak suka pkai, setiap kali pkai mesti koyak kat ketiak

Ketika u tajam ke
Quote nuryakmal 3-4-2020 03:13 PM
Suka hatila. Janji happy.

Ala. pompuan pun rembat boxer. Ape ade hal
Quote sharlenetexas 3-4-2020 03:13 PM
Patutnya pakai kaftan macam ni. Barulah elegan dan sofistikated. No bau bawang. No kepam.

Quote minahsenget 3-4-2020 03:14 PM

u mean ketiak? i rasa bukan i sorg je ketiak tajam,kwn2 i pun,harus koyak ketiak
Quote munchkin 3-4-2020 03:14 PM
Dah ada yg menegur. Lelaki berpakaian seperti perempuan .....

Tapi pada aku nak pakai apa pun walaupun perwatakan masih seperti lelaki lantaklah.

But ntahlah aku rasa pakai baju kelawar merimaskan. Menggelebeh sini sana. Nak masak pun terganggu
Quote nazzse 3-4-2020 03:26 PM
minahsenget replied at 3-4-2020 07:07 AM
geliiiii, i tak suka pkai, setiap kali pkai mesti koyak kat ketiak

Sepatutnya u jahit kedalam sikit kat ketiak tu baru tak koyak.

Love baju kelawar batik, satu pun dah 40 hinggit
Quote sharlenetexas 3-4-2020 03:34 PM
Patutnya kain pasang yang buat baju kurung tu jahit buat baju kelawar ni. Baru nampak cantik untuk dibuat basahan. Pakai cantik2 kat rumah dan selesa.
Kalau tengok orang-orang Arab, kaftan deyols cantik-cantik.
Quote minahsenget 3-4-2020 03:36 PM
nazzse replied at 3-4-2020 03:26 PM
Sepatutnya u jahit kedalam sikit kat ketiak tu baru tak koyak.

Love baju kelawar batik, satu p ...

ooo gitu,tq for the tips, takpalah i mmg tak suka pakai pun
Quote asma87 3-4-2020 03:37 PM
Xkisah la korang nk pakai boxer ke spender terselit kee..asal duk umah dendiam...jangan jogging cam Puteri nujum mak belalai pulekss
Quote CikB 3-4-2020 03:38 PM
hahahaha.....

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.061085 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top