CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Salah Anggap, Vitamin C Tidak Digunakan Rawat Covid-19

3-4-2020 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4145| Komen: 30

Pelbagai mitos dan juga petua diberikan oleh ramai pihak terhadap rawatan Covid 19.

Ini termasuklah mesej di Whatsapp yang tular, menyenaraikan Vitamin C dijadikan salah satu bahan untuk merawat virus tersebut.


Namun, ia disangkal oleh Pakar Perubatan Keluarga, Dr Zienna Zufida Zainal Rashid yang berkata, tiada kajian mengatakan pengambilan Vitamin C boleh mencegah dan merawat wabak itu setakat ini.

“Pengambilan vitamin C boleh diambil sebagai makanan tambahan biasa tetapi ia bukan untuk mencegah jangkitan Covid-19.

“Tiada apa-apa bukti dan kajian mengatakan ia boleh mencegah dan merawat jangkitan Covid-19, tetapi ia boleh diambil secara supplement biasa," katanya, memetik laporan Harian Metro.


Beliau menjawab persoalan itu dalam rancangan khas yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi KKM hari ini. 

Hal tersebut turut dikatakan oelh Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr Aizuniza Abdullah yang menjelaskan, belum ada sebarang kajian terhadap perkara itu.

“Ramai juga bertanya makanan khas seperti herba boleh mencegah jangkitan. Belum ada lagi kajian keberkesanan perkara ini yang khusus dalam mencegah Covid-19,” katanya.- CARI 

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 3-4-2020 02:08 PM
Setahu aku, pihak yg memperjuangkan pure vit c ni ( acid ascorbic ), depa tak pernah claim pun vit c menyembuhkan covid atau mana2 penyakit. Depa cakap vit c boleh menguatkan antibodi. Jika antibodi kuat, insyaAllah mampu mencegah dari terkena penyakit..

Hanya tujuan utk mencegah dan utk kuatkan antibodi badan. Kena fahamkan.
Quote sarah82 3-4-2020 02:18 PM
barfi replied at 3-4-2020 06:08 PM
Setahu aku, pihak yg memperjuangkan pure vit c ni ( acid ascorbic ), depa tak pernah claim pun vit c ...

Haaa.. Aku faham yg sama.. Aku x nampak kata sembuhkan covid-19
Quote bakingsoda 3-4-2020 02:19 PM
barfi replied at 3-4-2020 02:08 PM
Setahu aku, pihak yg memperjuangkan pure vit c ni ( acid ascorbic ), depa tak pernah claim pun vit c ...

betul! orang cite vit c utk imun je dia pusing kata org claim ubat covid19 atau mungkin ada manusia yg salah faham gi sebar vit c sbg ubat
Quote im4me 3-4-2020 02:47 PM
Bodoh boleh diubat dgn Vit C kot
Quote yuki812 3-4-2020 02:49 PM
vitamin c untuk menguatkan antibodi je.
kalau selalu amalkan, boleh kurangkan selsema..demam..batuk.
Quote Artemesiaa 3-4-2020 02:51 PM
Bila kurang membaca dari info dari yang salah jadilah salah faham macam tu
Quote highcastle 3-4-2020 02:52 PM
barfi replied at 3-4-2020 02:08 PM
Setahu aku, pihak yg memperjuangkan pure vit c ni ( acid ascorbic ), depa tak pernah claim pun vit c ...

Kan? Saper pulak yg kata.......... Kalau tak dah merundum jatuh jumlah kematian terkena jangkitan covid19 ni.............
Quote Lolalala 3-4-2020 02:54 PM
Hari ambil vitC utk boost imune. Laki iolls ada pharmasist suggest ambil cellabs oxxynovia utk boost imune system. So far so good. Risau juga laa hari dok SJR.
Quote tikusmontok 3-4-2020 03:10 PM
Msg ni ekkk....

Maklumat dari pesakit yang telah pulih dari Hospital  ...

Setiap hari kami berada di sana:

1. Ambil Vit C-1000
2. Vitamin E
3. 10:00 - 11:00 berjemur selama 15-20 minit.
4. Telur satu item
5. Rehat / dapatkan min yang cukup min 7-8 jam
6. Minum 1.5 ml min air setiap hari dan setiap hidangan perlu minum hangat (tidak sejuk).
Itulah yang kita lakukan di hospital.

Ini untuk memberitahu kita semua bahawa pH untuk virus korona berbeza dari 5.5 hingga 8.5

Apa yang perlu kita lakukan, untuk mengalahkan virus korona, adalah untuk mengambil lebih banyak makanan alkali di atas tahap pH virus.

Sebahagian daripada mereka adalah:
* Lemon - 9.9 pH
* Kapur - 8.2 pH
* Avocados - 15,6 pH
* Bawang putih - 13,2 pH *
* Mangga - 8.7pH
* Tangerine - 8.5pH
* Nanas - 12,7 pH
* Dandelion - 22,7 pH
* Orange - 9.2 pH

Bagaimana anda tahu bahawa anda mempunyai coronavirus?

1. gatal-gatal di tekak
2. Tekak kering
3.  Batuk kering
4. Suhu yang tinggi
5. Sesak nafas
6. Kehilangan bau dan rasa

Maka apabila anda memberi perhatian kepada perkara-perkara ini dengan cepat mengambil air hangat dengan lemon dan minuman.

Jangan simpan maklumat ini kepada diri sendiri. Beri kepada semua keluarga dan rakan anda. Berhati-hati
Quote munchkin 3-4-2020 03:15 PM
4. Telur satu item

Ini tak faham
Quote Gingerly 3-4-2020 03:52 PM
Makan guava je sis. Sarat nutrition. Jimat. Compact.
Quote honam 3-4-2020 03:55 PM
tikusmontok replied at 3-4-2020 03:10 PM
Msg ni ekkk....

Maklumat dari pesakit yang telah pulih dari Hospital  ...

Woi ni palsu laaaa, lain kali check dulu dgn MKN sebelum post
Quote ctcheery 3-4-2020 04:00 PM
Aku just percaya vitamin C tu mampu tingkatkan antibody badan.
Quote slyfynx 3-4-2020 04:01 PM
Sebahagian daripada mereka adalah:
* Lemon - 9.9 pH
* Kapur - 8.2 pH
* Avocados - 15,6 pH
* Bawang putih - 13,2 pH *
* Mangga - 8.7pH
* Tangerine - 8.5pH
* Nanas - 12,7 pH
* Dandelion - 22,7 pH
* Orange - 9.2 pH


Chop, range pH bukan dari 0-14 aje ke?
And, bukan ke mostly makanan kt dalam list ni acidic?
Quote budaktua 3-4-2020 04:06 PM
munchkin replied at 3-4-2020 03:15 PM
4. Telur satu item

Ini tak faham

bila ada satu yg tk paham tu yg mula tk caya msg tu....

mcm translate gugel je...

Quote budaktua 3-4-2020 04:11 PM
hari tu..  mcm2 pengesyoran la..

daun ketum..daun semambu..daun karipule..  sedut wap air panas la..
doktor2 tk nak try ke..?
Quote ctcheery 3-4-2020 04:13 PM
Doctor2 nih niat diowg dah baik tegur apa yg jd salah faham pd masyarakat...tapi penerangan xbagi betul2. Mcm isu cuaca panas boleh hapuskan virus tu.. diowg kata mitos ja, tapi kat pusat kuarantin sengaja tak adakan kipas dan aircond (bekas pesakit Covid-19 yg share experience). Kata pesakit tu doc yg rawat diowg ckp cuaca panas tak hapuskan virus tapi melemahkan virus.
Quote MatDeghem 3-4-2020 05:26 PM
im4me replied at 3-4-2020 02:47 PM
Bodoh boleh diubat dgn Vit C kot

covid14.jpg





Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.325942 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top