Ketika dunia sedang melanda wabak pandemik Covid-19, rata penduduk dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi mengelakkan dari diri dijangkiti. Disebabkan itu kebanyakan kedai ditutup dan begitu juga salon. Maka ramailah yang terbiasa memotong rambut di kedai, lebih-lebih lagi lelaki. Ada yang mula rimas apabila rambut mereka panjang, mahu potong sendiri tidak berapa nak pandai. Nanti lain pula yang jadi. Namun, lain pula halnya dengan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun bernama George Moores' ini. Dia meminta abangnya yang berusia 7 tahun untuk memotongkan rambutnya. Menurut laporan Mirror, George merayu supaya abangnya memotong rambutnya gaya orang tua. Difahamkan bapa mereka, Kevin, 38 meletakkan mesin pemotong rambut itu di bawah tangga untuk mengecaskannya. Namun anak bongsunya itu menjumpai mesin tersebut dan mahukan gaya rambut baru. Kemudian George meminta abangnya untuk membotakkan bahagian atas kepala. Katanya dia mendapat inspirasi potong rambut sedemikian dari watak orang tua dalam rancangan yang ditontonnya. Hasil dari idea George ini membuatkan ibu dan bapanya sendiri tertawa apabila melihat keadaan rambut anaknya itu. Manakan tidak dengan botak di atas, kemudian di sekelilingnya ada rambut asal. Walaubagaimanapun, Kevin akhirnya membetulkan gaya rambut anaknya itu. Buat semua yang berada di rumah, hati-hati dengan perkakasan sebegini. Dapat dekat anak yang panjang akal sebegini memang siaplah. - CARI |
ADVERTISEMENT