Alasan hendak isi minyak nampaknya tak menjadi buat seorang lelaki ketika didapati keluar rumah pada jam 2.30 pagi, sekaligus menyebabkan dia ditahan pihak berkuasa.
Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan awal pagi tadi di Kurong Batang, Bintong di Kangar. “Dia ditahan ketika menunggang motosikal di sebuah jambatan pada waktu tidak dibenarkan untuk berada di luar rumah. “Suspek memberi alasan ingin keluar mengisi minyak motosikalnya sedangkan semua stesen minyak tidak dibenarkan beroperasi lebih masa dari waktu yang ditetapkan. “Kami juga menemui sebilah pisau pada bahagian anggota badan lelaki terbabit sebelum menahannya bagi membantu siasatan,” kata Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew.
Selain itu, dalam operasi semalam dan awal pagi tadi, seramai 14 individu berusia 18 hingga 35 tahun ditahan pihaknya atas kesalahan melanggar PKP. “Pelbagai alasan tidak munasabah diberikan semua yang ditahan seperti perlu bertemu rakan untuk urusan yang mustahak di tengah malam, mengisi minyak motosikal dan membeli bekalan makanan di rumah. “Malah pada operasi semalam, ada yang ditahan memberikan alasan bagi mendapatkan bekalan air ketum. Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan akan dituduh dalam masa terdekat,” katanya. - CARI
|
yuki812 replied at 2-4-2020 06:42 PM
bila lelaki dah panas bontot terperuk kat umah.
tetap ada akal dia nak cari jalan keluar juga
Skuau replied at 2-4-2020 06:49 PM
boring la..asyik tgk 'pemandangan' yg sama jer....
Manjahati replied at 2-4-2020 06:34 PM
Cari pasal betul
Skuau replied at 2-4-2020 06:45 PM
kalo tok moh nak pi merawat pesakit,halau jin,antu,saka,buatan ore ka.....yg tu boleh terima ke tak. ...
ADVERTISEMENT