Mati lebih baik. Begitulah yang diusulkan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang telah memberi arahan kepada rakyatnya supaya mematuhi arahan 'lockdown' supaya penularan wabak ini dapat dibendung.
Jika ingkar, mereka akan dikenakan tindakan berat iaitu akan ditembak sehingga mati! "Ia semakin teruk. Sekali lagi saya ingin tegaskan masalah ini semakin teruk dan saya minta anda semua dengar! Pesanan saya kepada polis dan tentera, jika mereka langgar arahan dan melawan balik sehingga anda semua dalam bahaya, tembak saja mereka! "Faham tak? Daripada menyusahkan, lebih baik saya 'matikan' sahaja kamu!" tegasnya. Pengumuman tersebut dibuat di sebuah rakaman berita yang disiarkan di televisyen, di mana Duterte menegaskan bahawa adalah penting semua rakyat bekerjasama dan mengikuti arahan untuk kekal kuarantin di rumah.
Ini kerana kerajaan cuba untuk melambatkan penularan wabak daripada menjadi makin gawat. Sehingga hari ini, Filipina mencatat hampir 2,311 kes positif dan 96 kematian. Dalam tempoh tiga minggu lalu, ratusan jangkitan dilaporkan setiap hari. Isu ini semakin meruncing di negara itu, di mana laporan media mengatakan segelintir rakyat termiskin di Manila membuat protes tentang bantuan makanan yang tidak mencukupi. Malah, pegawai perubatan yang mengendalikan wabak ini juga turut terkesan kerana mengalami penderaan fizikal dan diskriminasi. Ada aktivis di Manila mendakwa Presiden Duterte telah mencetuskan keganasan terhadap orang ramai dalam usahanya memerangi pengedaran dadah, iaitu membunuh beribu-ribu orang yang dituduh terlibat dalam aktiviti pengedaran dan menggunakan dadah. Namun, kerajaan menegaskan bahawa tindakan mereka dalam kempen anti-dadah itu adalah sah. Bagaimanapun, untuk kes seperti wabak covid-19 ini, tindakan menembak sehingga mati ini hanyalah sekadar amaran untuk mereka yang ingkar. Polis Manila menegaskan bahawa mereka tidak akan menembak sebarang orang. - CARI |
Boomibulat replied at 2-4-2020 12:52 PM
Ni cara Korea Utara..gurau2 je
any42 replied at 2-4-2020 02:03 PM
agk2 ad x yg btul2 kna tembak. seramnya.
ADVERTISEMENT