Tengah panas dengan perbalahan antara artis dan netizen, muncul pula Sharifah Zarina yang menggelar netizen sebagai 'kampung.com'. Disebabkan tulisannya itu, pelantun lagu Langit Ke 7 ini menerima kecaman hebat di laman sosial.
Netizen yang membaca komen tersebut tak puas hati, sampai hati Zarina kata begitu? Yang digelar kampung.com inilah yang menyokong artis Malaysia selama ini. "Bagi kau semua orang di kampung mentaliti rendah ya? Kau ni lahir terus kaya tinggal di bandar ke?" komen salah seorang netizen. Tak mahu memanjangkan isu, Zarina memohon maaf kerana terlanjut menyinggung hati mana-mana pihak. Di Instagram dia kata didatangi mimpi mengenai hari kiamat. "Semalam mimpi kiamat jadi saya mohon maaf. Ajal tak tahu sampi bila," tulisnya. |
sixret replied at 2-4-2020 03:23 PM
Tak patut dia cakap mcm tu kan. Tapi kat forum pun ramai yang suka mengkampungkan sesama sendiri.
ADVERTISEMENT