Amerika Syarikat (AS) mencatat jumlah kes positif Covid-19 lebih dua kali ganda berbanding China. Berikutan itu, AS menuduh China menyembunyikan fakta berhubung pandemik yang bermula dari republik terbabit.
Memetik Shanghaiist, satu laporan sulit daripada risikan AS yang dikemukakan kepada Rumah Putih pada minggu lalu menyimpulkan China sengaja menyembunyikan beberapa maklumat berhubung Covid-19 termasuk jumlah sebenar kes positif dan kematian akibat wabak maut itu. Difahamkan, tiga sumber mengesahkan kewujudan laporan sulit ini kepada Bloomberg, namun enggan mengulas lanjut mengenai butirannya. Di kala kes Covid-19 terus meningkat di seluruh dunia, ramai pihak mula ragu-ragu dengan jumlah kes yang direkodkan China dan beberapa fakta mengenainya. BBC hari ini melaporkan kematian di AS kini sudah melebihi angka 5,000 dan lebih 216,000 kes Covid-19.
Manakala, Itali mencatat kematian 13,000 dan Sepanyol semalam dilaporkan mencatat angka kematian melebihi 9,000. Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam merekodkan sebanyak 82,631 kes positif dan 3,321 kematian di China akibat wabak berkenaan iaitu jauh lebih rendah berbanding rekod tiga negara terbabit. - CARI
|
noor2 replied at 2-4-2020 04:16 PM
Memang China ni penipu kan. ..menipu data....
noor2 replied at 2-4-2020 12:16 AM
Memang China ni penipu kan. ..menipu data....
cicicumel replied at 2-4-2020 04:32 PM
tp china tengah gigih offer bantuan ke seluruh dunia trmasuk Malisia..
ADVERTISEMENT