Berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) semasa dijangkiti virus Covid 19 ternyata menjadi detik paling mencabar buat peneraju sambilan Bernama Radio ini, Tengku Amylia Tengku Perang.
Memetik laporan Bernama, wanita ini berada selama lima hari di ICU sebelum akhirnya disahkan sembuh. “Malam pertama dimasukkan ke hospital, saya dipindahkan ke ICU apabila mengalami kesukaran bernafas,” katanya menerusi temu bual di Bernama Radio. Namun, beliau bersyukur kerana cepat mendapatkan rawatan di hospital. “Sakitnya hanya Allah yang tahu. Selain alat bantuan pernafasan, saya dimasukkan drip (titisan intravena) kerana tidak berselera untuk makan dan minum.
“Saya betul-betul terlantar sakit, tidak ada kekuatan langsung. “Alhamdulillah saya sangat berterima kasih dengan petugas di Hospital Sungai Buloh kerana mereka menjaga saya seperti keluarga mereka. Layanan yang diberikan sangat baik sekali,” katanya. Amylia kini sudah 90 peratus sihat, menyeru orang ramai agar tidak takut atau menyembunyikan sebarang maklumat jika berisiko dijangkiti virus berkenaan. - CARI
|
PristineOne replied at 2-4-2020 02:05 PM
Tukang buat tred...
Ada yang kuat tahan sakit.....ada yg tak kuat..
Nahnukutu replied at 2-4-2020 02:10 PM
Terima kasih awak
Jangan lah marah...
jazaa100 replied at 2-4-2020 02:18 PM
Tukang buat tred...
Sakit covid-19 ni symptom dia demam semua tu, tapi lebih teruk dari demam sbb ...
iminidin replied at 2-4-2020 02:46 PM
Sakit2 badan lah umumnya.. Demam kan mcm tu. Cuma Covid-19 ni, sakitnya sekali dengan susah nak bern ...
Nahnukutu replied at 2-4-2020 02:54 PM
Kenapa soalan tak cerdik pulak?
Asal tanya kena marah. Ni lah masalah orang kita... sbb tu lah ...
TaJwId replied at 2-4-2020 03:08 PM
Sila edit balik pertanyaan tuan tanah, nanti x psl2 stress
Acikgomen replied at 2-4-2020 03:21 PM
Bebalnye tt
Org dah tego cara ko tulis pun ko masih nak tanye kenape nak marah
Tadek sapa mar ...
ADVERTISEMENT