“Lupakan Bazar Ramadan, saya bimbang jika berlaku penularan virus berkenaan secara berleluasa, ini akan turut memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam membasmi sepenuhnya wabak ini."
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar bazar Ramadan tidak dianjurkan buat masa ini ekoran bimbang dengan kontak rapat antara pengunjung ketika perkembangan semasa Covid-19 masih mencatatkan kes positif baru. “Kes positif Covid-19 masih dilaporkan berlaku, maka saya melihat adalah tidak sesuai jika mahu diadakan Bazar Ramadan bukan sahaja di sini, malah ditempat lain juga demi kesihatan serta keselamatan rakyat," titahnya kepada Royal Press Office (RPO). Loading FB Post...
Sementara itu, Kedah juga mengambil langkah sama dengan membatalkan operasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh negeri itu bagi membendung penularan pandemik berkenaan, begitu juga dengan Selangor, lapor Berita Harian. - CARI
|
noor2 replied at 2-4-2020 02:16 PM
Terbaik...semua negeri kecuali.WP....menteri dia nk buat juga. ...bengap
alesandra replied at 2-4-2020 02:25 PM
perak pun rasenya belum buat keputusan lagi stakat neh
noor2 replied at 2-4-2020 02:28 PM
Ha ah. ..belum lagi....harap bijak la dalam hal ni...
Boomibulat replied at 2-4-2020 02:32 PM
Nak senang PM umum je seluruh negara xde bazar tahun ni..x payah kjaan negeri nak meeting2 lg dah. ...
ADVERTISEMENT