Sejak pandemik COVID-19 melanda, orang ramai hampir di seluruh dunia terpaksa bekerja dari rumah dan mengadakan perbincangan secara atas talian menggunakan kamera video. Viral di Twitter, seorang majikan daripada sebuah syarikat secara tidak sengaja membuka filter pada kamera yang digunakan olehnya ketika sedang meeting online. Yang lucunya filter berkenaan telah menukarkan dirinya seperti sebiji kentang dan dikongsikan oleh salah seorang pekerja syarikat itu dengan kapsyen, "Bos saya tukar dirinya menjadi kentang pada mesyuarat dan tidak tahu bagaimana cara untuk menukarnya kembali, jadi dia teruskan meeting dengan rupanya sebegitu," tulis Rach.
Lebih malang lagi, beliau terpaksa menggunakan imej itu sepanjang mesyuarat berlangsung kerana tidak tahu bagaimana untuk memadamkan filter terb@bit. Dalam pada itu, tweet tersebut mendapat respon daripada bos tersebut. Malah dia berasa gembira kerana dapat membuat ramai orang ketawa pada waktu ini. Syukurlah tiada siapa dipecat sebab bos pon sporting kan.- CARI |
ADVERTISEMENT