Sila Elak Berjumpa Doktor Malaysia Berkelulusan Dari Negara Ukraine SAYA ingin mengulas kenyataan Tan Sri Musa Muhammad, Menteri Pendidikan yang disiarkan melalui Buletin Utama, TV3 pada 16 Julai 2003, Utusan Malaysia dan New Straits Times pada 17 Julai 2003. Kenyataan tersebut saya fahami sebagai meragui kelulusan dan taraf University Crimea, Ukraine (CSMU) dalam bidang pengajian perubatan. Ketika ini terdapat lebih kurang 500 pelajar Malaysia pelbagai keturunan menuntut di bidang itu di Ukraine. Ada yang sudah lulus dan sedang bekerja di merata hospital di Malaysia. Kenapa pelajar-pelajar ini memilih Crimea State Medical University? Saya sebagai salah seorang ibu kepada bakal pelajar di universiti tersebut mempunyai beberapa sebab untuk dikongsi bersama dengan Tan Sri Musa dan lain-lain pembaca. Crimea State Medical University (CSMU) adalah universiti yang telah lama beroperasi, mempunyai 60 jabatan, 100 profesor, 291 penolong profesor dan melatih pelajar perubatan dari seluruh pelosok dunia. Bilangan pelajar kian bertambah apabila ia menjadi satu-satunya universiti yang diiktiraf oleh Great Britain selepas pemisahan Ukraine dari Soviet Union. Lulusan dari CSMU diterima untuk bekerja dan melanjutkan pelajaran di mana-mana negara Eropah. Ijazah Doctor of Medicine dari CSMU telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan oleh JPA dan MMC pada Ogos 2001. Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang telah melawat CSMU pada tahun 2002 juga telah memohon beberapa tempat di universiti tersebut untuk pelajar Malaysia. Ini menunjukkan ijazah kedoktoran dari CSMU telah diiktiraf dan diyakini mutunya di peringkat antarabangsa. Sebaliknya ada ijazah kedoktoran dari universiti negara kita yang tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa. Yuran pengajian di CSMU jauh lebih rendah daripada universiti-universiti swasta di Malaysia dan Indonesia. Secara purata yuran untuk 6 tahun kursus perubatan di CSMU adalah lebih kurang RM68,000. Indonesia mengenakan yuran RM126,000 bagi kursus yang sama selama lima tahun. Dan yang peliknya di Malaysia sendiri universiti swasta yang menawarkan kursus perubatan dengan bayaran kira-kira atau melebihi RM200,000 bagi tempoh lima tahun. Saya telah mencuba berbagai cara untuk mendapatkan pinjaman JPA, MARA dan kerajaan negeri, tetapi gagal. Malah MARA lebih sanggup untuk membiayai pelajar-pelajar di IMU yang yurannya lebih tinggi berbanding dengan CSMU. Anak saya telah memohon untuk memasuki kursus perubatan di semua universiti kerajaan yang menawarkan kursus perubatan, tetapi nasib tidak menyebelahinya. Permohonannya ditolak dan ia ditawarkan kursus di bidang yang lain yang tidak kena mengena dengan kelulusan matrikulasinya. Mungkin inilah yang terpaksa dibayar oleh anak-anak kita atas sistem yang dinamakan meritokrasi. Walaupun kelulusan anak saya baik, tetapi saya terpaksa berusaha pelbagai cara untuk memastikan cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai. Sebenarnya ramai lagi yang berminat dan bercita-cita untuk menjadi doktor, tetapi tempat amat terhad di Malaysia yang kini turut disukarkan oleh sistem meritokrasi dan yuran yang terlampau mahal. Saya terpaksa mengeluarkan wang sendiri dan masih memohon pinjaman bank untuk bayaran yuran anak saya. Oleh itu saya berharap semua pihak berkenaan lebih peka akan masalah dalaman sistem dan kemudahan pendidikan kita, di samping turut memikirkan nasib anak-anak yang bercita-cita lain tetapi terpaksa mengikuti kursus bidang lain kerana tidak dapat menukar kursus dan tidak mampu ke universiti swasta. Kalau Malaysia belum mampu menyediakan tempat yang cukup untuk belajar perubatan, janganlah disekat atau disusahkan mereka untuk belajar di tempat lain. Kepulangan mereka kelak dapat membantu meningkatkan bilangan anak Malaysia yang menjadi doktor dan mengurangkan pengambilan doktor kontrak dari negara-negara lain yang belum tentu berkualiti tinggi dan menepati cara rawatan yang sesuai dengan budaya dan masyarakat kita.
|
leylapple posted on 17-10-2013 10:07 AM
aku ada kawan dari tadika jadi doktor...
lulusan unibersiti rusia...
saladin780 posted on 17-10-2013 10:12 AM
betul ke lulusan ukraine ni x bagus
sebab ada kenal sorang budak ni..SPM hampeh..tp dapat la masu ...
axl_bach posted on 17-10-2013 10:18 AM
ntah ler aku nak cakap pun xtau....tp dulu kecoh gak berita kata msia tarik balik pengiktirafan dk ...
ifanonline posted on 17-10-2013 10:18 AM
doktor yg kita jumpa jgn buat main2...silap cocok nanti masuk darah HIV/AIDS...tak pun putuih urat m ...
axl_bach posted on 17-10-2013 10:23 AM
ko kalo pun nak wat citer agak2 ler......kalo masalah tersilap masuk darah ada HIV/Aids tu bukan s ...
ADVERTISEMENT