Sedang beberapa golongan selebriti meminta sumbangan khusus daripada kerajaan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Man Puteh muncul sebagai hero apabila beliau membuka permohonan bantuan kepada golongan susah. Dalam perkongsian Man di Instagram milik beliau, Man meluahkan rasa prihatin beliau kepada rakyat Malaysia yang terkesan dan hilang sumber pendapatan semasa PKP ini. Melihatkan situasi rakyat Malaysia yang agak kritikal ketika ini, Man terpanggil untuk menyumbangkan kesemua hadiah wang tunai hasil kejuaraan beliau bersama kumpulan Puteh semasa Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019). "Dengan rendah hati terpanggil untuk berkongsi Hadiah Wang Tunai hasil JUARA MLM 2019 tempoh hari bagi meringankan beban ANDA" Sambung Man lagi, bantuan ini hanyalah untuk mereka yang benar-benar memerlukan sahaja. Man juga mendedahkan nilai sumbangan yang bakal diberikan iaitu sebanyak RM50,000.
|
ADVERTISEMENT