Indonesia berhasrat untuk membebaskan 30,000 banduan sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19. Menurut laporan agensi berita, AFP, Jurucakap Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Indonesia, Bambang Wiyono berkata, langkah itu bertujuan untuk mengurangkan risiko wabak Covid-19 merebak di dalam penjara di seluruh negara terbabit yang sememangnya agak sesak. "Pembebasan itu membabitkan banduan dewasa yang sedang menjalani parol dan banduan juvana pula yang telah menerima separuh daripada hukuman masing-masing. "Keseluruhannya melibatkan 30,000 banduan iaitu 10 peratus daripada 272,000 banduan di seluruh Indonesia," katanya. Sementara itu, wabak Covid-19 semakin parah di negara jiran itu hingga memaksa Presiden, Joko Widodo mengisytiharkan darurat berkuatkuasa 31 Mac.
Beliau yang dikenali sebagai Jokowi memaklumkan setakat ini 1,528 kes positif dan 136 kematian telah direkodkan di Indonesia. Begitu pun, Jokowi masih enggan menguatkuasa perintah berkurung seperti negara-negara lain biar pun menerima kecaman ramai rakyat Indonesia. "Kita memilih melakukan penjarakan sosial pada skala besar bagi mengatasi kesan Covid-19. "Walaupun harus belajar daripada pengalaman negara lain tetapi tidak boleh mengikut mereka kerana setiap negara adalah unik," katanya.- CARI
|
MissVixen: Indon ni... kalau dah reda covid ni, hati2 la pergi bercuti ke sana. Ramai yang psycho dilepaskan.
ADVERTISEMENT