Segelintir masyarakat seolah-olah sedikitpun tidak gentar dengan jangkitan wabak Covid-19 apabila mereka sewenang-wenangnya melanggar arahan kerajaan supaya duduk di rumah. Malah, ia bagaikan peluang pasangan kekasih untuk berdua-duaan di kawasan sunyi.
BH Online melaporkan, sepasang kekasih dicekup ketika memadu kasih di kawasan pantai Kuala Kemaman, kelmarin. Difahamkan, kehadiran mereka disedari anggota penguat kuasa khas COVID-19 dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman kira-kira jam 3 petang. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan mengesahkan perkara itu berkata, lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 23 tahun terbabit yang ketika itu berada di atas sebuah motosikal cuba melarikan diri sebaik menyedari dihampiri polis. “Cubaan mereka melarikan diri gagal dan ketika ditanya, mereka mengakui tahu mengenai larangan berada di luar sepanjang PKP, namun gagal mengemukakan alasan munasabah mengenai kehadiran mereka di tempat kejadian.
“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 3(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020," katanya. - CARI
|
sharlenetexas replied at 31-3-2020 06:58 PM
Tak mampu social distancing dengan bf
salmon-suki replied at 31-3-2020 08:55 PM
Kalau laa dah kawin time covid ni,bermadu kasih haaa..terperangkap sebulan pun ok{:smile{:love
sharlenetexas replied at 31-3-2020 09:01 PM
Tak yah bunting pelamin. Sebulan duk rumah
ADVERTISEMENT