Semenjak kenyataannya dalam satu video dikecam seluruh rakyat marhaen di Malaysia. Shuib tampil memohon maaf secara terbuka melalui satu posting di Instagram. Dia juga mengambil peluang menjual cecair pencuci tangan (hand sanitizer) yang di saat ini kekurangan stok di pasaran. Menurut Shuib, dia akan mengeluarkan hand sanitizer jenamanya sendiri, Be Safe dan sudah mula berada di pasaran, seterusnya akan diagihkan ke beberapa farmasi dan hospital. "Saya ada contact dengan kilang pengeluar hand sanitizer dan memandangkan permintaan tinggi kini. Saya kira ini masa sesuai untuk saya tampil dengan produk hand sanitizer sendiri," katanya kepada Sinar Harian Dia juga menafikan mengambil kesempatan dan hanya mahu menolong rakyat marhaen. "Bukan mahu ambil kesempatan, tapi saya buat kerana ia adalah keperluan pada masa kini dan stok pula terhad. Buat masa ini, saya tutup kedai Bubble Bee di Shah Alam sebab tak mahu mendedahkan pekerja dan pelanggan kepada risiko."
|
MatDeghem replied at 1-4-2020 10:33 AM
Bagi pada pengiat seni yg tarak job...jual. jadi stokist. tak lah tersangkak tak ada pendapatan...
ADVERTISEMENT