Pada zaman moden ini, kita tidak perlu lagi ke restoran atau kedai untuk membeli makanan dan barangan. Kita boleh membuat tempahan hanya dengan menggunakan telefon pintar dari rumah saja.
Namun, ada spesis manusia yang menyalahgunakan kemudahan ini untuk menyusahkan orang lain.
Beberapa hari lalu, seorang pengguna Facebook berkongsi situasi seorang abang rider (Food panda) yang terpaksa menunggu lama di luar rumahnya. Pelanggan itu dikatakan sudah menempah makanan menggunakan perkhidmatan Food Panda, namun belum lagi dibayar. Lebih panas apabila pelanggan tersebut dipercayai memberi alamat salah. "Kesian dekat abang ini, punya lama tunggu depan rumah aku panas-panas cari rumah tidak jumpa. Alamat pula letak alamat rumah aku, bila kena telefon dia tidak angkat dan dimatikan, lepas itu dia hantar pesanan mesej untuk batalkan order pula.
"Abang ini cakap dia tidak bayar lagi sebab itu boleh "cancle order" macam ini. Yang susah kami la, Tolonglah jangan buat macam ini, kesian dengan mereka panas-panas cari rezeki," tulisnya. Semoga rakyat Malaysia mengubah sikap buruk seperti ini, bukan senang mahu cari rezeki di tengah panas. Tolong jangan susahkan orang lain. - CARI |
Kuasaberganda replied at 6-4-2020 06:59 PM
semua nak salahkan org order cancel je. kadang kadang runner pon charge smpai rm20. ko bayangkan dr ...
ADVERTISEMENT