|
"Apapun, media sosial telah menjadi fitnah besar akhir zaman. Hati-hatilah dan jangan kita kalah dengan agenda "mereka"." Dalam kemas kini terbaru di Instagramnya, Syamsul Yusof meluahkan rasa terkilan apabila dituduh dengki dan busuk hati terhadap golongan ustaz dan orang yang melakukan kebaikan di media sosial.
Pengarah, pelakon dan produser itu bagaimanapun tidak melenting dan hanya bersabar dengan tuduhan itu. "Tak perlu kita berbalah mengenai benda sia-sia di saat musibah makin teruk sekarang," tulisnya. Dipercayai, posting itu adalah reaksi kepada komen negatif netizen di postingnya sebelum ini mengenai soalan yang sering diajukan kepada rakan artis. "Akhirnya, media sosial telah menjadi kayu ukur buku amalan seseorang di mata manusia. Tahniah iblis," tulisnya. Bagaimanapun, segelintir warganet dilihat tidak memahami apa yang cuba disampaikan Syamsul, malah ada yang menuduh dia mengaibkan ulama. Media sosial adalah salah satu senjata paling berbahaya di muka bumi hari ini. Kalau bukan 'penyampaian yang tidak terang', salah faham terhadap apa yang disampaikan juga boleh menimbulkan fitnah. - CARI
|
Ayat tu ditujukan utk makhluk2 yg selalu mempertikaikan amalan org lain...dia tak kata ulama pun...netizen biol tu tak baca kisah2 artis yg banyak buat amal senyap2 ke? Takkan segala benda nak tunjuk bukti? Done solat, done berzikir, done baca quran, done sedekah
tapi tak la sampai nak komen atau dm tanya samada Betul ke hari2 sembahyang. Tu urusan dia dengan Tuhan. 
cikpisang replied at 31-3-2020 02:58 PM
Satu je la nk ckp, anak pmpuan si sol sol sol mmg cantik sungguh ya. Bancuh elokk
ADVERTISEMENT