Zamri menunjukkan puting botol susu yang hampir ditelannya ketika menikmati sarapan nasi kerabu. PASIR PUTEH - Seorang peniaga hampir tertelan puting botol susu bayi ketika bersarapan nasi kerabu yang dibeli di sebuah kedai di bandar ini, kelmarin. Zamri Zainuddin, 47, berkata, dia merasakan sesuatu yang ganjil dalam mulutnya ketika menikmati nasi kerabu yang dibeli di kedai makan berkenaan. “Saya beli bungkus dan memakannya di kedai lain, namun saya terkejut apabila mendapati benda yang saya kunyah adalah bahagian hujung puting botol susu bayi. “Pengusaha kedai makan sepatutnya tidak mengambil sikap sambil lewa dalam menyediakan makanan, ini bukti mereka mengabaikan kebersihan,’ katanya. Zamri berkata, dia bukan pelanggan tetap kedai makan itu kerana lebih gemar membeli sarapan di kedai berbeza untuk menukar selera.
|
nw111 posted on 17-10-2013 11:56 AM
Kalau jatuh emas seketul dua dlm nasik kerabu tu ok jugak...almaklum la mokcik nasik kerabu punya ge ...
ADVERTISEMENT