Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengalami kecurian apabila wang dianggarkan berjumlah RM250,000 hilang dari kediamannya baru-baru ini. Berdasarkan gambar salinan laporan polis yang dipaparkan dalam laman Facebook miliknya, wang tersebut disimpan di dalam peti besi. Ketua Armada Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menyedari tentang kehilangan wang berkenaan pada 29 Mac lalu. "Kali terakhir saya membuka perti besi tersebut pada tarikh 13 atau 14 hari bulan Mac 2020. "Tiada sebarang kesan umpil dan keadaan rumah dan bilik kemas," jelas Syed Saddiq dalam laporan polis itu. Beliau menambah, peti besi miliknya itu hanya boleh dibuka dengan kod rahsia dan orang tertentu sahaja yang tahu di mana ia disimpan. Walau bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menafikan spekulasi kononnya wang tersebut adalah milik parti. Pada masa ini, beliau tidak dapat mengesahkan sebaran butiran atau spekulasi sehingga siasatan selesai. "Laporan media bahawa RM250,000 tersebut merupakan wang PPBM adalah tidak benar dan anggaran kecurian masih belum dapat disahkan," katanya. Pelik juga kejadian ini kerana pencuri dapat mengambil wang yang disimpan di dalam peti besi. - CARI
|
Mejami: duit dia mak dia ayah dia...nk beli rumah katanya{:nose sblm report tu xcuba tanya 'org tertentu' yg tahu kod rahsia peti besi tu dulu ke?
ADVERTISEMENT