Baru-baru ini, Vivy Yusof trending nombor satu di Twitter apabila usahawan ternama itu terpalit dengan isu berbaur menghina golongan miskin yang menerima bantuan kerajaan ekoran wabak Covid-19. Melihatkan jawapan Vivy Yusof yang dilihat sedikit selfish dan tidak prihatin kepada golongan miskin, Dato' Rizalman Ibrahim tampil dengan menghentam Vivy Yusof di IG Live beliau. Pereka fesyen tersohor itu memulakan IG Live di Instagram milik beliau dan meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan dan tingkah laku Vivy Yusof itu. "Kalau kita dah dok kaya raya ni, nak pi rampas jugak allocation depa tu semua pasal apa? Tak payah la" Tidak cukup dengan itu, Dato' Rizalman juga mengecam tindakan Vivy Yusof yang sentiasa menayangkan beg berjenama beliau tidak kira tempat dan waktu. Hasil kepakaran rakyat Malaysia dalam menjadi detektif, tular beberapa gambar Vivy Yusof seperti yang disebut-sebut oleh Dato' Rizalman itu. Laju betul netizen buat kerja! "Ada ka pi mount apa semua main ski bawak beg Chanel hat besar tu. Apa ke cerita? Jangan la jadi orang kaya buta perut tak pandai styling" Di akhir video tersebut, Dato' Rizalman meninggikan sedikit suara beliau dan meluahkan rasa meluat beliau terhadap Vivy Yusof. Panas betul isu ini! - CARI "Aku yang fashion designer Pun meluat tengok" |
Kurex replied at 31-3-2020 11:01 AM
Bukan korang kawan baik ke... Mesti dah gaduh sebelum ni kan.....
ADVERTISEMENT