Tiada apa boleh diungkapkan apabila melihat dengan mata kepala sendiri anak kecil seawal usia tiga tahun yang mempunyai simptom wabak Covid-19 perlu dibawa ke hospital menaiki ambulan seperti pesakit lain. Menerusi Twitter Intan Nurdiyana yang merupakan ibu kepada anak kecil itu, walaupun keputusan ujian saringan Covid-19 dia sekeluarga masih belum diketahui, anaknya itu mempunyai simptom demam panas selepas ujian swab dibuat sehingga memaksa pihak kesihatan merujuk kes ini ke hospital. Menurut Intan, kawasan tempat tinggalnya dikatakan berada dalam zon merah dan diperintahkan lockdown. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang mempunyai simptom demam panas akan terus dirujuk ke hospital. Penjaga kepada kanak-kanak boleh menemani pesakit tetapi mengikut had umur. Perkembangan terbaru mengenai anaknya mendapati bahawa anaknya dibenarkan keluar dari hospital. Keputusan ujian saringan mereka sekeluarga masih belum diketahui, namun dia berdoa agar keputusan ujian tersebut negatif memandangkan anaknya dibenarkan keluar. Video anaknya menaiki ambulan itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mendoakan kesihatan anaknya itu. Semoga cepatlah wabak ini berakhir. - CARI
|
cmf_premierleag replied at 31-3-2020 11:18 AM
anak dia ada contact dgn sapa?
bapaknya sendiri ke?
or ada salam dgn memana org luar?
famri7 replied at 31-3-2020 11:15 AM
So oummmah berbondong2 berjujuran seddih berair fefet.
Simunggu replied at 31-3-2020 11:33 AM
apa cerita budak 4thn perempuan yg dibawa malam malam naik ambulance sbb close contact dgn bapa nya. ...
cap_ayam replied at 31-3-2020 04:21 PM
Berani budaknya.. tak kisah pun mak atau ayah tak ikut sekali dia jalan2 naik ambulans. Walhal orang ...
kelapaparut: ade bace gak, maknye merayu dgn doktor suruh bg peluang bpknye melawat anaknye biar sekejap tp doktor x bg, dah la doktor dua kali je masuk bilik rawa ...
diss69 replied at 31-3-2020 05:53 PM
Ye laa cool je bdknya.. Xtau laa dia smpn kot smpai spital baru meletop.. Tp, alhamdulillah dh bal ...
ADVERTISEMENT