Sebelum ini, Black Hanifah dikecam teruk oleh netizen kerana cadangannya kepada kerajaan supaya tidak mengabaikan penggiat seni yang turut terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Foto: IG Black sempat memperjelaskan kenyataannya itu bukan untuk dirinya, tetapi artis veteran dan mereka bekerja di belakang tabir. Biarpun Black dikecam teruk, dia tetap prihatin untuk membantu meringankan beban golongan yang terkesan sepanjang tempoh PKP dengan tidak mengambil sewa bulan April daripada beberapa penyewa rumah miliknya. Black turut sertakan paparan skrin perbualannya bersama penyewa di aplikasi "whatsapp". Sudah membuat kebaikan seperti ini ada juga netizen yang tidak berpuas hati dengan mengecamnya dengan menuduh penyanyi itu sengaja mahu menayang harta. Bagaimanapun, Black dilihat menutup ruangan komen pada perkongsian tersebut. Kita perlu bersatu di saat getir seperti ini, bukannya saling salah menyalahkan. Diharap rakyat Malaysia hentikan sikap kebencian dan semoga artis tanah air berhenti mengeluarkan kenyataan sensitif seperti ini lagi. - CARI
|
ADVERTISEMENT