CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tahu Tak B40 Tu Gaji Bawah RM2,360 Dan 4.4 Juta Yang Tengah Sengsara Sekarang?"

30-3-2020 11:54 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9237| Komen: 29



Kecoh betul media sosial dengan perbahasan antara golongan T20 dengan B40 dan M40. Semuanya gara-gara bantuan kerajaan yang didakwa tidak adil hingga ada yang 'terpaksa mengikat perut'.

Tetapi sebenarnya tahukah anda apa yang dimaksudkan golongan B40? Mereka adalah individu atau isi rumah yang bergaji RM2,300 sebulan dan ke bawah. Jadi, berapa ramaikah golongan ini sebenarnya?


Twitter

Mengikut sumber Survey Penyiasatan Gaji dan Upah 2018, Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 8.8 juta individu yang bekerja di Malaysia dan separuh dari itu adalah dari golongan B40 yakni bergaji (termasuk elaun) RM2,300 ke bawah sebulan.


Hal ini jelas menunjukkan statistik rakyat Malaysia yang terdiri dari B40 sendiri lebih ramai berbanding M40 dan T20. Jadi, dengan isu yang berbangkit saat ini, pastinya ramai berang apabila golongan T20 dan selebriti merungut mengenai bantuan kerajaan. Walhal B40 yang ibarat kais pagi makan pagi sendiri tidak merungut sebegitu rupa.

Twitter

Ianya turut dipersetujui oleh warganet yang menyatakan gaji mereka lebih sedikit dari jumlah RM2,360. Ada yang tidak mencecah seribu ringgit sebulan dan ada juga yang menerima beratus ringgit sahaja atas kerja mereka.


Foto: Berita Harian
Statistik ini bukanlah bual kosong tetapi menandakan aras pendapatan individu dan seisi rumah bagi rakyat Malaysia sahaja. Ia belum lagi mengambil kira peniaga tepi jalan dan sebagainya yang pendapatan mereka juga di bawah B40.

Twitter

Dengan jumlah rakyat Malaysia 32 juta, memang 8.8 juta individu yang bekerja makan gaji nampak sedikit tapi selebihnya adalah mereka yang bekerja sendiri, berniaga dan selebihnya itu adalah warga emas, kanak-kanak serta pelajar.


Foto: Majalah Labur

Jadi, jelaslah pekerja di Malaysia masih dibayar rendah atau kata orang cukup-cukup makan sahaja. Apabila berlaku krisis sebegini, memang perit terasa bagi B40 ini. Diharapkan lebih ramai yang membuka mata mengenai situasi ini berbanding menyalahkan pihak lain atau bercakap tanpa mempedulikan semua peringkat golongan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 30-3-2020 12:12 PM
Dah la gaji rendah.. Kena tuduh pemalas la, PPRT la.. Sedangkan 90% B40 ni kerja setengah nak mati utk dapat sesuap nasi sehari.

Hari ni dengki dgn rezeki B40..aku doakan T20 tu jatuh terduduk dan rasa hidup dgn gaji 500 saja sebulan.
Quote epuepy 30-3-2020 12:15 PM
Sape2 yg kuat komplen tu, cer try 1 hari hdup ko mkn nasik ngn telur goreng n kicap. Bersyukur la selama ni ko hdup senang, x perlu berlapar.

Nk mkn apa, order je food panda ke grab. Diorg yg b40 ni Kadang2 nk makan pn bercatu.

Tang anak ramai n hidup susah tu, Ai no komen. Tp serious nasib setiap org berbeza..
Quote Kurex 30-3-2020 12:16 PM
Harap yg dapat bantuan ni jgn beli barang kehendak
Quote CiliPadiSedap 30-3-2020 12:20 PM
ada je sepupu kaka punya wife dari b40, tp kerja bagus, cuma bila ada anak habis mak dia kungfu sbb pernah hidup susah, dia jaga didik anak dia betul2 supaya xhidup susah.
Quote raihaneem 30-3-2020 12:33 PM
Kenapa la suka dengki rezeki org, bc pulak geng2 vivvvvvi tu punya mesej lg la rasa awat yg busuk perut
Tak kesian ka kat org susah....mai dok kg bergaul dgn masyarakat. Saya pernah tinggai kwsn org kg di selangor, jiran sebelah mai pinjam beras. ya Allah....mcm tak caya ,ada lg org mai pinjam beras....bw mangkuk , ada bbrapa kali mai
Mmg halalkan , teruih bg duit suruh p beli beras 10kg
Tnya mkn apa tiap hari, tiap pg nasik goreng, mkn tu smpai ptg, mlm baru msk lain.
Alhamdulillah anak2 depa dah besaq skrg dah keja depa pun dah hidup selesa kira keperluan asas tu dah lepas .

Hmmm pnjg berjela pulak..
Quote AbukRokok 30-3-2020 01:56 PM
gaji pokok ke apa
Quote LadyCarefree 30-3-2020 04:56 PM
Hijau2 tu apabenda?
Quote meow_tompok 30-3-2020 04:56 PM
kat malaysia ni golongan miskin dpt mcm2 bantuan, nak beli rumah ppr bole, subsidi dpt

kalau kaya mmg dah sah2 mampu

yg tersepit golongan pertengahan, nak beli rumah murah gaji tak layak, nak beli rumah sepadan gaji jadi ngam2 tak dpt simpan byk.

samaada pilih jadik b40 or t20... tapiiii sekarang t20 pun nak dengki dgn b40 aikkk
Quote meow_tompok 30-3-2020 05:50 PM
sarah82 replied at 30-3-2020 12:12 PM
Dah la gaji rendah.. Kena tuduh pemalas la, PPRT la.. Sedangkan 90% B40 ni kerja setengah nak mati u ...

b40 yg gaji kena potong atau unpaid leave bole mohon zakat selangor.
jgn t20 dengki2 pulak


Quote sarah82 30-3-2020 06:04 PM
meow_tompok replied at 30-3-2020 09:50 PM
b40 yg gaji kena potong atau unpaid leave bole mohon zakat selangor.
jgn t20 dengki2 pulak


Harus la jaki.. Dengar kerajaan bg rm1600 pun bising bukan main.. Siap ckp b40 beli iPhone
Quote insulin 30-3-2020 07:08 PM
LadyCarefree replied at 30-3-2020 04:56 PM
Hijau2 tu apabenda?

Sejenis manisan kut.
Quote MissyMolly 30-3-2020 07:24 PM
rezeki masing-masingkan..bsyukur sj lah...yg tak dpt bantuan RM tu tumpang gembira  org keliling dpt k
Quote salmon-suki 30-3-2020 09:43 PM
raihaneem: Kenapa la suka dengki rezeki org, bc pulak geng2 vivvvvvi tu punya mesej lg la rasa awat yg busuk perutTak kesian ka kat org susah....mai dok kg berga ...


geng vivi itik penipu bisnes itik rugi sbb xnk bayar tax tu ke?
Quote salmon-suki 30-3-2020 09:44 PM
sarah82: Harus la jaki.. Dengar kerajaan bg rm1600 pun bising bukan main.. Siap ckp b40 beli iPhone


y 1600 tu bukan ke gaji 4k ke atas y dpt?2k ke bawah dpt 800,2k-4k dpt 500 jah..ke sy silap faham sarah maksudkn ape..
Quote RyanaMohainiza 30-3-2020 10:10 PM
salmon-suki replied at 30-3-2020 09:44 PM
y 1600 tu bukan ke gaji 4k ke atas y dpt?2k ke bawah dpt 800,2k-4k dpt 500 jah..ke sy silap faha ...


Kalau xsilap yg dpt rm 1,600 tu yg isi pendapatan rumah bawah 4k
FB_IMG_1585577370579.jpg
Quote salmon-suki 30-3-2020 10:16 PM
RyanaMohainiza replied at 30-3-2020 10:10 PM
Kalau xsilap yg dpt rm 1,600 tu yg isi pendapatan rumah bawah 4k

Ohhh..isi rumah..hahahha...mixed dah semua..kekeke~
Quote HannahMontana 30-3-2020 11:48 PM
vivi babi jijik tu sebenarnya B40 tegar tp sembunyi disebalik beg tangan mewah hasil duit khazanah yg dia dapat.
Quote biozipstar 30-3-2020 11:48 PM
aku pun baru masuk angka M40... tapi keperluan banyak..lepastu nafsu meningkat bila gaji naik.. dia mcm auto. sbb kau tahu kau ada gaji segitu, then kau akan berbelanja banyak... padahal semua tu mind set. kalau kau M40 tapi kau macam anggap diri kau B40, so savings kau mmg banyak..

lagipun berapa ramai terpikir akan ada wabak mcm ni pada tahun 2020?? jadi semua suka berbelanja banyak gilos... hmmm...
Quote shop_girl 30-3-2020 11:53 PM
Aku single kategori M40..tapi lepas tolak bil, loan, etc, takde la banyak mana pun tinggal..tapi still aku pastikan setiap bulan ada menyimpan walau sedikit..Aku kesian dgn golongan B40 yg dah berkeluarga..mesti rasa sempit coz gaji kecil tapi kos sara hidup tinggi..my heart goes to them.semoga Allah murahkan rezeki mereka dan kita juga..paling penting kena bersyukur

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.166828 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top