Jika anda pernah berkunjung ke Texas Chicken, sudah tentu anda pernah merasai Honey Butter Biscuits. Menu ini boleh dikatakan antara menu kegemaran kebanyakan pengunjung setia Texas Chicken.
Tatkala menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung sehingga 14 April ini, apa kata kita guna masa yang ada untuk cuba sendiri resipi untuk membuat Honey Butter Biscuits ini. Resipinya amat mudah, dan kalau anda tiada ketuhar di rumah, jangan risau kerana hanya dengan menggunakan Air Fryer pun boleh buat! Mari kita lihat resepinya; Bahan-bahan: 2 1/2 cawan tepung gandum 4 sudu kecil baking powder 2 sudu besar gula (ikut pada tahap kemanisan masing-masing) 115g butter yang sejuk
140ml susu segar 2 sudu kecil cuka Madu Butter Cara-caranya: 1. Gaul semua bahan kering sehingga menjadi adunan kering yang kecil seperti breadcrumbs. 2. Masukkan susu dan cuka, uli doh sehingga sebati. 3. Bentukkan doh menjadi ketulan kecil dan susun di atas loyang. Doh itu tidak perlu dibentuk cantik sekata. 4. Masukkan di dalam oven atau air fryer selama 15 minit dengan suhu 180 celcius. 5. Lepas siap dibakar, boleh sapukan honey dan butter ke atas biskut sementara ia masih panas. Kredit Foto: Melissa Mullen via Ilham Media Kredit Resepi: Melissa Mullen via Ilham Media |
oggy replied at 31-3-2020 12:28 PM
Aku tak pernah makan kat Texas Chicken.
Memang sedap ke ni.. manis sgt tak?
Macam senang je nak bu ...
Nes3in1 replied at 31-3-2020 05:48 PM
Kalau ai buat selalu tak jadi walaupun dah ikut resepi step by step.
ADVERTISEMENT