Resipi kopi viral, dalgona coffee sekelip mata menjadi kegilaan rakyat Malaysia akhir-akhir ini. Tak cukup dengan kopi, ada pula seorang influencers buat dalgona sardin. Biar betul? Walaupun beliau menjelaskan sardin tersebut sudah tamat tarikh luputnya, warga maya tetap menyelar tindakannya itu. Kadangkala influencers boleh memberi kesan buruk pada orang ramai apabila berkongsi video yang boleh mengundang kontroversi serta perkara-perkara yang negatif. Media sosi@l sebenarnya adalah lapangan luas berkongsi wadah ilmu secara mudah, bukan berkongsi kandungan sebegini.-CARI |
ADVERTISEMENT