Doktor pakar bersama seluruh ahli keluarganya dimasukkan ke Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh selepas mereka sekeluarga disahkan positif Covid-19. Isteri doktor berkenaaan berkongsi mengenainya di laman F@cebook. Loading FB Post... Terdahulu, KKM telah memaklumkan seramai 39 kakitangan disahkan positif Covid-19. Difahamkan, suaminya merupakan salah seorang doktor pakar di Hospital Teluk Intan, yang bertugas di jabatan kecemasan.
Namun, keluarga ini begitu positif dengan dugaan yang menimpa ini. Perkara ini dikongsi menerusi Tw!tter anak pasangan ini. " Walaupun kami positive COVID-19 , kami satu keluarga akan mengharunginya bersama. Keadaan kesihatan kami ok. Jadi ini video tiktok untuk menghiburkan kami di hospital." Wargamaya turut mendoakan kesembuhan keluarga ini. Yang nak mengorat pun ada. Sempat lagi tu! Satu keluarga masih kuat semangat dan kekal positif walaupun sedang berjuang melawan wabak maut. Semoga cepat sembuh ya! - CARI |
naina replied at 29-3-2020 12:03 PM
ok..sudah2 jgn lelebih tunjuk uols positif to the max. korang beruntung sbb 1 family duduk 1 wad sam ...
Ladybird910 replied at 29-3-2020 03:18 PM
Ni kes doc pakar dpt dr MO dia y attend tabligh tp xde symptom..doc pakar ni y teruk kena..mo dia ok ...
ADVERTISEMENT