Foto kredit: The New Straits Times Bekas pengacara, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA dihukum denda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam (27 Mac) kerana menghina petugas kesihatan di Hospital Putrajaya berhubung Covid-19. Azwan Ali mengaku bersalah memuat naik video di akaun Yotube, DivaAATersohor yang memburukkan petugas Hospital Putrajaya dan mempertikaikan kredibiliti kakitangan serta pegawai perubatan dalam mengendalikan Covid-19, Astro Awani melaporkan. Bagaimanapun, Azwan tampil memohon maaf kepada pihak hospital dengan kata-katanya dan dia berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.
Foto kredit: The Star Pada Selasa lepas (24 Mac), Hospital Putrajaya membuat laporan polis terhadap dua video tular, salah satunya milik Azwan Ali yang telah memburukkan nama petugas hospital tersebut. Pengarah hospital, Datuk Dr Nora'i Mohd Said di dalam kenyataannya telah menyebut yang video itu telah menyebabkan gangguan emosi kepada kakitangan yang telah mengorbankan masa mereka dengan keluarga untuk melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin pada waktu-waktu sukar ini. Harap Azwan Ali dapat mengambil iktibar selepas ini dan tidak memuatnaik video yang boleh memburukkan pihak lain. Umur pun bukan muda lagi. Seharusnya dia lebih peka dengan perkara yang sensitif seperti ini.-CARI |
Nenasketum replied at 28-3-2020 04:42 PM
Ada ke dia cakap kat wartawan Malaysia Gazzette yg sorang tunggu dia kat court, mahkamah panggil aku ...
ADVERTISEMENT