Kecoh di laman sosial dan juga aplikasi Whatsapp tentang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau total lockdown bakal dikuatkuasakan di Selangor hari ini.
Namun, menurut pihak polis, kiriman mesej tersebut adalah palsu. Memetik laporan Astro Awani, pihak polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berhubungan perkara itu yang kononnya disampaikan oleh anggota polis berpangkat ASP dari Klang. "Ibu pejabat ini menafikan sekeras-kerasnya sebarang mesej atau kenyataan tersebut, siapa pula yang berani keluarkan kenyataan macam itu?" kata Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner NurulHuda Mohd Salleh. Terdahulu ramai netizen mula panik apabila mesej mengatakan Selangor akan melaksanakan perintah total lockdown susulan terdapat banyak kes baharu wabak Covid 19.
Malah, mesej tersebut turut menyebut perintah itu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor. - CARI
|
Tinot7 replied at 27-3-2020 11:54 PM
Apa total lockdown sebenarnya?
unclog replied at 28-3-2020 12:19 PM
when you are forbid even to make love.
ADVERTISEMENT