CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makcik Kiah Pun Dah Boleh Tersenyum Sikit - PM

27-3-2020 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 27942| Komen: 498

Nama makcik Kiah menjadi trending di laman sosial hari ini selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan kerajaan menggunakan analogi penjual pisang goreng makcik Kiah.


“Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab.

“Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isi rumah Makcik Kiah di bawah RM4,000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat,” katanya.

Kredit foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) diumumkan berjumlah RM250 billion tadi.


"Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1,600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500 dan bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500.

“Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM200 sebulan sehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM3,400.

“Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama enam bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama enam bulan sebanyak RM1,800, penjimatan bayaran bil elektrik selama enam bulan sebanyak RM120,” katanya.

Selain itu, anak makcik Kiah juga mendapat penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan sebanyak RM1,200.

“Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600. Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.

“Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM7,864. Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat,” katanya.- CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Covid19 27-3-2020 02:22 PM
#MuhyiddinismyPM
Quote BomBoLoniS 27-3-2020 03:28 PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion lagi kepada Kementerian Kesihatan bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk mencegah COVID-19.

Beliau berkata peruntukan itu termasuk untuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan perubatan swasta.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) di Putrajaya, hari ini.
Quote dizekni 27-3-2020 03:32 PM
Alhamdulillah

mencakupi segenap lapisan masyarakat, PM memenuhi janji no one left behind

lega rasa melihat kerajaan kompeten, instead of menahan telinga dengar ringngek ringngek bawah rejim dapig dulu
Quote im4me 27-3-2020 03:34 PM
Terbaik.....
Quote sakurahati 27-3-2020 03:34 PM
Alhamdulillah..terbaik TSMY dan kerajaan PN
Quote rukia2 27-3-2020 03:35 PM
Perghhh...bia betul wak yidin nih...byk gle tabur..i is terharu
Quote inusya 27-3-2020 03:36 PM
The best pm..terharu. rakyat diutamakan..
Quote CoolSurfer 27-3-2020 03:37 PM
RM250 Billion.
Quote amyza82 27-3-2020 03:38 PM
Sebak......
Alhamdulillah dapat pm yg mempunyai sifat belas pada rakyat.
Quote TuntungReturn 27-3-2020 03:39 PM
aku baca teks. bnyk wei
Quote Levespa 27-3-2020 03:39 PM
Banyak sgt.. Student ipta pun dapat 200 sorang
Quote sakurahati 27-3-2020 03:40 PM
Beza sgt dgn previous govmnt yg bagi kita RM30 tu
Quote BomBoLoniS 27-3-2020 03:40 PM
1. Ringkasan dari awani
Quote cap_ayam 27-3-2020 03:40 PM
Alhamdulillah syukur .. bagi yang dapat tu.. gunalah dengan sebaiknya.
Quote kiwi16 27-3-2020 03:41 PM
Ada link tak, teks ucapan PM ni?
Quote lonely_surina 27-3-2020 03:42 PM
sapa tak faham boleh tengok pengiraan cth untuk makcik kiah..
Quote I.am.PH 27-3-2020 03:42 PM
Gaji saya RM6,XXX saya bayar cukai banyak, kerajaan cuma bagi RM500 + RM500 sahaja. Cukai saya lebih dari ini!
Quote BomBoLoniS 27-3-2020 03:42 PM
kiwi16 replied at 27-3-2020 03:41 PM
Ada link tak, teks ucapan PM ni?

Ada.. Panjang sekejap saya bagi
Quote genUmi 27-3-2020 03:44 PM
makcik kiah hari ini dlm teks

Lihat semua komen(498)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.140415 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top