Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, Kementerian Pertahanan telah mengambil langkah proaktif dalam membendung penularan wabak Covid-19 ini dengan melaksanakan pengerahan tenaga tentera dalam membantu pihak polis.
Walaupun begitu, masih ada golongan yang ingkar dan degil terhadap perintah tersebut lalu menyebabkan matlamat untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 ini menjadi lebih sukar. Malah, ada juga yang tidak memberi kerjasama walaupun diberi arahan secara berdepan dan memprovokasi pihak berkuasa yang menjalankan tugas. Terbaru, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki ditempik oleh seorang petugas tentera seperti yang dikongsikan seorang pengguna twitter, MOFASAD. Ternyata video itu telah menjadi tular dan mendapat banyak respon dari netizen. Walaupun tidak diketahui punca sebenar lelaki itu dilayan sedemikian rupa, tetapi ketahuilah bahawa pentingnya mengikuti arahan ketika negara dilanda krisis demi kebaikan bersama. Hentikan penularan Covid-19, duduk diam di rumah dan jangan kemana-mana.-CARI
|
PristineOne replied at 28-3-2020 02:17 PM
Pesanan ikhlas buat chouls semua.... Dok rumah ya..
PristineOne replied at 28-3-2020 10:17 AM
Pesanan ikhlas buat chouls semua.... Dok rumah ya..
shernazz replied at 28-3-2020 09:55 AM
Susah orang degil ni..
Smalam ada jantan ni nak gi bayar kat cashier..dok rapat dgn iols..
Sekali ...
AkuMark replied at 28-3-2020 03:14 PM
Oh xpa ke guna pendekatan ini sis? Mcm berkesan
ADVERTISEMENT