Jika berkunjung ke farmasi mahupun drugstore untuk mendapatkan cecair pembasmi kuman ini, pastinya para pengunjung akan terkilan kerana kehabisan stok! Terbaru, muncul pula hand sanitizer ruqyah. Rupa-rupanya masih wujud lagi spesis manusia yang suka overclaim dengan cara jadi penunggang agama untuk melariskan produk. Harap-haraplah rakyat Malaysia sekarang dah boleh fikir pasal bab-bab ni.
Hand sanitizer yang telah diruqyah? Dia punya tunggangan memang bukan biasa-biasa sahabat. Oleh kerana telah dibacakan ayat suci Al Quran, maka produk ini siap boleh halau syaitan. Dengan harga bermula dari RM85 bagi setiap botol, hand sanitizer ini boleh cepatkan bertemu jodoh dan mengubati masalah batin serta kesuburan. Apo? Tidak baiklah begini. Sudahlah tidak memenuhi saranan FDA (60-95% alkohol) untuk hand sanitizer, overclaim pula. Usahlah merendahkan Islam sebegini. Ianya sudah pasti mendatangkan FITNAH pada agama Islam. Bertaubatlah.- CARI |
RatuDunia94 replied at 27-3-2020 04:49 PM
Sayangnya terlambat bg pada golongan tabligh sri petaling kan... {:smile
ADVERTISEMENT