Antara punca tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dipanjangkan sehingga 14 April adalah kerana adanya kemungkinan pesakit Covid 19 bertambah, susulan pembelian panik dan tindakan balik kampung besar-besaran tempoh hari.
Hal tersebut dikatakan oleh pakar kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun, Sinar Harian melaporkan. “Buat masa ini, corak kes baharu setiap hari naik dan turun. Ianya masih belum betul-betul turun. Oleh itu, jika tempoh PKP ditamatkan pada 31 Mac, ia dibimbangi akan meningkatkan semula jumlah kes baru. “Kemungkinan juga jumlah kes akan melambung tinggi. Oleh itu kita mahu jumlah kes baru menjelang 14 April nanti adalah satu digit atau kosong kes baru,” katanya.
Katanya lagi, kemungkinan PKP diteruskan lagi mungkin ada jika masih ramai yang degi dan kes baharu masih tidak turun. “Kita perlu ikut arahan, duduk di rumah, jangan ke mana-mana. Apa yang terjadi di Itali adalah pengalaman pahit. Walaupun negara itu mempunyai sistem kesihatan terbaik namun mereka pun tidak mampu lagi menanggungnya. “Fakta ini kita perlu terima, saya tidak mahu senario di Itali berlaku di Malaysia, jika berlaku di Malaysia, kita akan habis,” katanya lagi. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
clerics replied at 26-3-2020 03:53 PM
pembelian panik.
thank you @bipolarjourney, @sarah812.
Artemesiaa: Had kan hanya buka pasaraya dan kedai runcit je yang lain yang mana dibenarkan buka sebelum ni eloklah diarah tutup. Selagi banyak tempat selain yang ...
CardiGans85: 'Thanks' pada hanat2 yg menggelabah aritu. Sbb korg aku hanya boleh VC mak aku. Dan kami postponed plan kenduri arwah nenek (baru meninggal jan 2020) ...
VirusCinta replied at 26-3-2020 04:16 PM
2 makhluk bodoh forum yang sembang macam pandai.
Padahal bodoh piang.
Skuau replied at 26-3-2020 06:21 PM
rileks...tempat aku 17/3 pon ramai wat 'panic buying'....tapi ..bekalan msh mcm biasa jer....la ni ...
ADVERTISEMENT