CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Sudahlah Sumbang Makanan Kat Hospital Sampai Membazir, Ramai Lagi Orang Susah"

27-3-2020 01:37 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7041| Komen: 31



Orang Malaysia memang pemurah. Memahami kegetiran petugas barisan hadapan negara (kaki tangan kesihatan, polis, askar, posmen) bertugas, ramai yang membuat amal jariah dengan menyumbangkan pelbagai peralatan serta makanan kepada hospital utama. Ada yang bertindak sendirian dan ada juga yang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO). Semuanya  dengan harapan mampu memudahkan mereka bertugas.

Bagaimanapun, seorang doktor perubatan menarik perhatian golongan ini agar berhenti memberikan mereka makanan sebaliknya menyumbang kepada golongan fakir miskin yang sangat terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.



Menurut doktor ini, ia bukan bermakna mereka menidakkan sumbangan makanan tersebut tetapi ianya melebihi keperluan petugas kesihatan sehinggakan ada yang membazir kerana makanan basah tidak tahan lama. Sehubungan itu, mereka meminta agar makanan tersebut diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan seperti dilihat di kaca televisyen.

Ianya turut dipersetujui oleh kakitangan hospital lain kerana bantuan makanan terlalu banyak hingga berlaku pembaziran.

FB Hospital Selayang
Ada pula warganet berpendapat tindakan menyumbang makanan kepada pihak hospital kerana menganggap mereka adalah wira berbanding orang miskin yang tidak menyumbang apa-apa.
FB Hospital Selayang

Oleh itu, kita boleh bertindak dengan melihat kawasan sekeliling kita terlebih dahulu supaya ada yang kesusahan dapat dibantu sesegera mungkin.

Bagaimanapun, ada juga NGO yang menyumbang kepada golongan asnaf ini cuma khidmat mereka tidak dihebah-hebahkan. Antaranya ialah Abim Selangor yang bergerak di beberapa daerah kritikal serta Food Bank Perantau.

Twitter

Twitter

Jadi, diharapkan dengan ini ia membuka mata syarikat, NGO serta orang persendirian untuk menyumbang makanan kepada golongan yang lebih memerlukan ini. - CARI 
3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 27-3-2020 01:58 PM
doktor acik2 nurse suma gaji besaw2 lg naik elaun musim2 covid ni

byk simpan reta mkn tak abis..they just need more air cond

penyaman udara yg mcm ustaz ebit lew bg tu time2 panas ginih


gi carik org2 susah ke gelandangan yg lebih memerlukan
Quote umbut 27-3-2020 02:01 PM
Doc and nurse pun x sempat nak makan byk2 tu.. semua busy...... bagilah kat org yg lebih perlu
Quote Kurex 27-3-2020 02:01 PM
Bukan hari tu syanie kurus sikit ke?
Quote EvieWanKenobi 27-3-2020 02:49 PM
betul la tu..

kerja untuk makan..
bukan makan untuk kerja..
Quote Armand2018 27-3-2020 02:54 PM
Job yang offer dalam group aku cater semua utk frontliner. Next time aku cuba propose utk asnaf pulak. Tapi payah nak distribute rumah ke rumah. Sebab biasanya hantar kat PIC pastu balik. Kalau ketua kampung rajin nak buat kerja, boleh je bantu
Quote gorjeous 27-3-2020 03:01 PM
Ubah haluan… skrg cari pula asnaf2 yg memerlukn...
Quote fishcracker 27-3-2020 03:08 PM
Mungkin bole hantar kat golongan retis yang memerluka n yang duk mintak gov tolong tu
Quote hasniey 27-3-2020 03:41 PM
Mungkin boleh start bg brg kering pd org yg betul2 susah.beras,minyak,telur pon cukup laa.kesian diorg
Quote ina_na 27-3-2020 07:10 PM
Makanan yg banyak tu boleh agih pd penjaga pesakit lain kat hospital.. Kesian jugak penjaga pesakit ssh nak dptkan makanan
Quote Artemesiaa 27-3-2020 07:15 PM
Betul kalau dah terlalu banyak jadi pembaziran.  Jadi  yang mana dah masak terlebih tu elok juga diberi pada golongan gelandangan.  Mungkin boleh kerjasama dengan pihak ngo yang mengelolakan pemberian makanan kepada golongan itu.
Quote orgsepang 27-3-2020 09:29 PM
Nak membantu boleh hubungi ketua kampung berdekatan, biasanya mereka dah ada senarai nama orang2 yang susah. Kalau ketua kampung tak tahu itu dah masuk luar biasa.
Quote KIM.K 27-3-2020 09:42 PM
Buat masa ni family yang kelaparan boleh tanya kat hospital. Call

Lepas ni buh makanan kat balai polis je. Sape lapar amik sana
Quote HannahMontana 27-3-2020 10:16 PM
Edited by HannahMontana at 27-3-2020 10:17 PM
Kurex replied at 27-3-2020 02:01 PM
Bukan hari tu syanie kurus sikit ke?

"cabut sat , ......................................."
Quote Meiizu 27-3-2020 11:23 PM
Abim ni yg buat aku ingat sesangat...taski abim jaaaa
Quote gekkou 28-3-2020 01:20 AM
mungkin boleh juga bagi dekat pekerja2 luar yang datang
ke malaysia mencari sesuap nasi
yang turut terjejas pendapatan musim2 covid ni
pekerja pembersihan, pekerja construction, pekerja kedai makan
Quote farlis 28-3-2020 01:33 AM
This one i setuju..

We all yg kene keje syif ni pun ada org nk sumbang makanan.
Tp untuk elak pembaziran drp penderma2 rahsia etc, kami mohon diorang maklumkan terlebih awal. Jgn main redah ja nk hntr mknn. Kami bg jumlah staff yg bekerja setiap syif dan kami buat jadual.

Kalau dh ada yg bermurah hati nk sumbang mknn sekian tarikh (lunch/dinner) .. kami x terima dh sumbangan utk tarikh yg sama. Membazir kalau dah terlebih mknn.  



Quote Kurex 28-3-2020 01:45 AM
HannahMontana replied at 27-3-2020 10:16 PM
"cabut sat , ......................................."

Bodohnya.. susah kalau pompuan hanat macam kau.. sanggup cari komen aku semata nak oomen cabut sat.. ala bangang punya betina bodoh
Quote sapeka 28-3-2020 11:34 AM
Kalau dah sorang start sedekah yg tu
Itu je la yg org lain sedekah kan
P la tanya dulu apa yg depa perlukan
Baru la ok
Ni mengikut je
Quote dandindon 28-3-2020 01:59 PM
Saya call salah satu hospital Negeri semalam, bilik gerakan civid 19 sebab sykt nak sponsor lunch & dinner untuk 14 hari, dia orang alu-alukan sumbangan... bila tanya betulker dah terlebih makanan, petugas di situ kata tak pulak.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.104486 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top