CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Niat Nak Melancong, Kini Rakyat Malaysia Terkandas Di Pakistan

26-3-2020 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 18205| Komen: 183

Berada di Pakistan pada masa ini ibarat berada di bandar mati.

Itu yang diluahkan oleh rakyat Malaysia, Samsinah Samsudin, 40 yang terkandas di Pakistan susulan perintah berkurung di negara itu pada masa ini.


Memetik laporan Harian Metro, Samsinah bersama 9 rakan yang lain tiba negara berkenaan pada 15 Mac lalu.

“Saya sempat mengembara di beberapa lokasi tumpuan di Pakistan antaranya Swat Valley dan Hunza namun kebanyakan tempat ditutup kepada orang ramai.

Kredit foto: Harian Metro

“Keadaan di sana tidak ubah seperti bandar mati kerana kebanyakan kedai, hotel dan restoran sudah ditutup. Jalan pula lengang dengan sekatan jalan raya yang banyak dilakukan pihak berkuasa.


“Sebelum itu tiada larangan untuk pelancong asing datang ke Pakistan namun sebaik kami tiba, larangan itu dikuatkuasakan,” katanya.

Menurut Samsinah lagi mereka dibantu rakyat tempatan untuk mencari hotel bajet sementara menunggu kenderaan untuk pulang ke Islamabad.

Namun, hotel tersebut diserbu pihak berkuasa kerana masih menerima tetamu pada waktu ini sedangkan katanya dia tidak mempunyai pilihan lain.

“Kini ada beberapa rakan yang sudah berjaya pulang ke Malaysia dengan pesawat komersial namun harga tiket yang dikenakan sangat tinggi.

“Saya berharap kerajaan dapat membawa kami pulang sama seperti rakyat Malaysia di Iran, India dan China,” katanya.

Difahamkan terdapat 40 orang lagi rakyat Malaysia yang masih berada di Pakistan dan usaha membawa mereka pulang sedang giat dilakukan. - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • fixit


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 26-3-2020 12:48 PM
Duk aje laa kat sana.. syok pi obesi time ni
Quote damsel_fiji 26-3-2020 12:49 PM
15 Mac tu dah masa2 kritikal dah..sempat lagi korang pegi melancong..pakistan plak tu..klu setakat cameron tu bolehla di maafkan
mmg xde common sense betul acik2 ni
Quote TravellingBear 26-3-2020 12:49 PM
Aikk ada peluang balik tu balik jer laaa... gelang kat tgn gadai ler. Apehal harap kerajaan jemput dia pulak
Quote munchkin 26-3-2020 12:49 PM
Omg ingore ajalah selfish malaysians. Letih wei.  Nak bawak balik indiand hari kos rm3 juta. MIC bayar.

Dah balik tak test. Google je berita salah sorang dari flight dubai ke malaysia positif covid.
Quote Guccibamboo 26-3-2020 12:49 PM
Aigooo makcik....u shud expect the worst lah from the start
Quote evlinne 26-3-2020 12:50 PM
Acik2 kepam ni srp pass ke takkk
Quote Armand2018 26-3-2020 12:50 PM
Dah tahu kan time tu meningkat. Tapi pergi juga. Risau duit burn. Laa ni duit tak burn lebih banyak ka nak tanggung hidup kat sana. Kalau nak harapkan duit gomen, better gomen pentingkan orang yg terputus income kat malaysia, frontliner ,asnaf
Quote naina 26-3-2020 12:52 PM
nak jalan sgt kan..duk sana jela lama2 dulu. nampak syok je sejuk2 kt sana. malaysia panas weii belengas melekit peluh
Quote nisako 26-3-2020 12:52 PM
dok la situ lama2 galak nk travel sgt kan{:laugh
Quote CiliPadiSedap 26-3-2020 12:56 PM
duk sana je acik. dh tua2 org pg umrah faham lah juga, ni negara pakistan. cerdik xboleh bawa bincang.
Quote ina_na 26-3-2020 01:00 PM
Abis tu dah tau tgh virus p berjalan bt pe.... Duduk je sana diam2..
Quote miu84 26-3-2020 01:02 PM
Tak sekolah ke acik acik? Bebal much?
Quote stania83 26-3-2020 01:03 PM
ingatkan tahap acik level awareness tinggi
Quote Kurex 26-3-2020 01:05 PM
Ni mesti kes talut tiket rugi tu yg nak pergi pakistan jugak.. ngok
Quote merrissa 26-3-2020 01:07 PM
ahahhaha...ambil je la family angkat kat sana
Quote fizamn 26-3-2020 01:08 PM
Instead kos bawa blk mahal gov provide aje.korang kat situ smp habis perintah berkurung.. lagi jimat.. buat mcm.eumah sendiri..
Quote Nurul8001 26-3-2020 01:10 PM
Niat nak melancong?
Gomen, harap jangan dilayan puak2 gini. Kalo tolong, sat lagi berduyun org minta pertolongan.

Simpan sikit duit, lebih baik guna duit tu utk beli kelengkapan test kit dan bebarang keperluan spital
Quote aderaderker 26-3-2020 01:11 PM
Mohon mereput di sana dan belajar2 lah hidup tak menyusahkan orang ya...


Quote chicozinn 26-3-2020 01:15 PM
Padan muka!!!degil lagi

Lihat semua komen(183)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.212575 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top