Para petugas kesihatan di Malaysia pada masa kini berdepan dengan cabaran getir kerana terdedah dengan jangkitan wabak Covid-19. Namun ada segelintir pesakit yang bersikap tidak bertanggungjawab serta menyembunyikan maklumat apabila menerima rawatan di hospital. Baru-baru ini, suami pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr. Mohd Izzar Anwari ada memuatnaik status Instagram mengenai rakan baiknya yang dikenali sebagai Dr. Amirul. Menurut Dr. Izzar, rakannya dan beberapa doktor lain di di wad sebuah hospital terpaksa dikuarantin akibat sikap pesakit yang tidak jujur. "Ini Dr. Amirul.Kawan baik saya sejak zama Kolej lagi.Beberapa minggu lalu dia terdedah kepada seorang pesakit Covid-19 selama tiga jam tanpa pakaian perlindungan (PPE). kenapa dia tak pakai? Sebab pesakit itu tak beritahu semua orang dia baharu pulang dari negara berisiko," tulis Dr. Izzar. Kredit foto: Instagram Izzar Menurut Dr. Izzar lagi, "Bukan sahaja Dr Amirul yang terdedah, malah doktor-doktor di jabatan kecemasan dan di wad juga terdedah tanpa perlindungan sebab pesakit tersebut tak jujur semasa ditanya oleh petugas kesihatan". Disebabkan perkara itu, makin berkuranglah doktor yang boleh bertugas kerana harus dikuarantin. Kesemua doktor tersebut juga terpaksa berpisah buat sementara waktu dengan keluarga masing-masing. Dr Amirul bagaimanapun, kemudian disahkan bebas dari dijangkiti Covid-19 dan akan kembali bertugas. Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan tindakan tidak jujur pesakit itu dan mendoakan agar barisan doktor yang terlibat dimudahkan urusan. Dr Izzar turut menasihati semua orang supaya bersikap jujur sekiranya pernah keluar negara, pernah berdekatan dengan pesakit Covid-19 dan mempunyai simptom wabak tersebut. "Tolong kami untuk bantu anda!Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan dan mereka di barisan hadapan.Ayuh kita menang perjuangan ini.Yang lain,tolong tinggal di rumah.Jom doakan keselamatan dan kesihatan kita semua," ujarnya. Perdana Menteri baru saja mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April. Tolong para pertugas kesihatan yang telah bekerja keras selama ini dengan duduk di rumah. Moga wabak Covid-19 ini akan segera surut dan kita semua diselamatkan dari bencana ini. - CARI
|
binipopeye: hospital swasta kawan dia ni... pun ade menipu jgk.. selfish sungguh yg aritu kt kedah hospital gomen.. lepas beranak baru ckp.. terus tutup satu thea ...
munchkin: You see ni kelemahan malaysia. During MRO mereka kata nak test rakyat malaysia yg pulang dari luar negara. Tak test langsung. Biar masuk je. Mereka in ...
ADVERTISEMENT