Biasalah nama pun artis, segala aktiviti mesti nak kongsi dengan peminat. Baru-baru ini Ozlynn ada memuat naik video anak-anaknya menhafal Surah Al-Mulk.
Katanya ia antara pengisian di rumah sempena hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Difahamkan isteri kepada pelawak Johan ini juga menawarkan hadiah simpanan wang tunai ke dalam akaun bank kepada anak yang dapat menghafal surah tersebut. Namun biasalah bukan semua orang suka dengan apa yang dikongsikan. Ada yang kecam, katanya aktiviti sebegitu tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum. Sebaliknya buat sahajalah diam-diam, biar Allah sahaja yang tahu. Ramai pula yang menyokong, seolah-olah bersetuju Johan dan Ozlynn riyak dalam membesarkan anak-anak. Bagaimanapun ada juga yang kata kena lihat apa yang dikongsikan ini sebagai sesuatu yang positif dan boleh dicontohi. Terpulang pada masing-masing. Kalau pandang secara positif, maka positiflah jadinya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|