Tiada saman dikenakan sekiranya tidak memakai penutup mulut dan hidung. Harian Metro melaporkan, perkara itu dinafikan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebelum ini, tular dakwaan kononnya saman RM300 dan RM200 akan dikenakan terhadap mereka yang menaiki kereta lebih daripada seorang dan sekiranya tidak memakai penutup mulut dan hidung.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memaklumkan bahawa PDRM juga menafikan dakwaan empat lelaki India yang didapati positif Covid-19 lari dari Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang. “Pihak Hospital Dungun turut menafikan kesemua kakitangan hospital itu dikuarantin. “Walaupun terdapat kes positif Covid-19 di hospital itu, arahan kuarantin tidak membabitkan kesemua staf seperti yang didakwa,” kata kenyataan itu.
Malah, kajian kononnya mendakwa hilang selera makan dan hilang deria bau antara simptom baharu Covid-19 yang dikesan adalah tidak benar. Ia disahkan Kementerian Kesihatan (KKM). Manakala, pejabat Menteri Besar Selangor menafikan dakwaan kawasan Sungai Lui, Sungai Ramal Dalam, Sungai Merab dan Jalan Kebun sebagai lokasi panas wabak Covid-19. - CARI
|
alesandra replied at 25-3-2020 05:17 PM
ntahnya.org nak pegi spital,tak reti drive mcm mak aku tu apa nak buat?call taxi,grab lagi la dia t ...
sarah82 replied at 25-3-2020 01:23 PM
Ang boleh call hospital minta tukar tarikh..utk folloa up..depa mmg tak galakkan org tua pi hospit ...
alesandra replied at 25-3-2020 05:33 PM
tak payah tukar la. dah pegi tadi amik darah...lagipun lenggang je.nanti tukar bertembung pulak dg ...
ADVERTISEMENT