CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

[Video] Kanak-Kanak Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Selepas Panjat Kerusi Di Dapur

25-3-2020 12:57 PM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 6113| Komen: 43

Kehilangan seseorang yang disayangi sangatlah perit untuk dihadapi, lagi-lagi apabila seseorang itu pergi ketika bersama dengan kita.

Terbaru, seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dilaporkan telah maut selepas terjatuh dari tingkat 16. Menurut siasatan awal, mangsa dipercayai telah bermain seorang diri di dapur dengan memanjat kerusi dan mesin basuh, kemudian terjatuh ke luar di ruang pagar belakang rumah.


Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Redzuan yang menyatakan kejadian ini berlaku di Flat Sri Perak, Sentul. Lebih menyayat hati, terdengar suara jeritan di video tersebut seolah-olah sedang menangisi pemergian kanak-kanak itu.


Sumber: Twitter
Video ini mendapat reaksi sedih netizen yang turut menumpang simpati dengan apa yang terjadi.

"Budak-budak memang kena pantau setiap saat"


"Bunyi perempuan tu menjerit..."


"Daripada suara tau rasa kesal yang sangat dalam"


"Sedihnya dengar akak tu jerit"


Diharapkan kejadian ini boleh dijadikan iktibar buat anda di luar sana agar sentiasa mengawasi anak-anak, terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini.-CARI


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • skymania


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 25-3-2020 01:05 PM
Sedih aku dengor...
Quote any42 25-3-2020 01:17 PM
Allahu. sedihnya. bdk2 baya ni mmg la xleh nk duk diam. sklip mata je bleh hilang dr pndangan. al-fatihah utkmu ank kecil. umur sebaya ank sdara i.
Quote orgsepang 25-3-2020 01:27 PM
Aduh, macam nak gugur jantung akak dengar jeritan itu. Budak2 lelaki sekitar umur begitu memang sangat lasak dan tak takut.  
Quote ellez 25-3-2020 01:28 PM
Iols gayat..so mmg xpenah duduk dekat2 wall balkoni.
Quote Aai2 25-3-2020 01:32 PM
Ya Allah sedihnya dgr jeritan tu..budak tgh lasak, kdg2 kita alpa sekejap je ..mcm boleh berlaku
Quote Ara_roro93 25-3-2020 01:33 PM
Allahuakbar , bedegup jantung terus cepat2 panggil anak sy lpas tengok video nie.

Nauzubillahiminzalik , sebaya anak sy ... dah laa baru lepas menjerit marah anak sebab panjat pintu grill tadi. Allahuakbar ,

Dibacakan Al-fatihah , pasti syurga buatmu damailah dirimu di sana syg.
Quote ellez 25-3-2020 01:34 PM
Utk rumah bertingkat yg ada anak anak kecik perlu pertimbangkan utk pasang safety net atau safety grill kat balkoni/tempat masak/tempat cuci baju.
Quote Nes3in1 25-3-2020 01:34 PM
Tak sanggup nak tgk video
Quote Zaien 25-3-2020 01:45 PM
ya Allah tingat kt anak sndiri..
semoga dilindungi ankku..
Quote Kancilkering 25-3-2020 01:48 PM
org lain yg sakit org lain yg meninggal....

moga keluarga tabah....sedih nye ya rabbi
Quote Nurul8001 25-3-2020 02:06 PM
Ya Allah. Sedihnya. Moga syurga buat si kecil. Parents, harap2 saling bantu membantu antara suami isteri. Moga takde salah menyalah.
Quote umbut 25-3-2020 02:23 PM
4 tahun tgh ligat... kena pantau. Kunci pintu dapur kalau dapur takda grill
Quote hasniey 25-3-2020 02:31 PM
Rumah tinggi kene psg net.akk ai psg net sbb anak dia suka dok julur2 kaki.pastu try2 nk pnjat.takut jd cmni la
Innalillah.takziah utk family ni
Quote darkness 25-3-2020 02:41 PM
Ya Allah...raungan perempuan tu..huhu sedihnya..
Quote lasagnaklcc 25-3-2020 02:46 PM
Tgh sunyi sepi mmg meremang dgr bunyi akak tu menjerit.
Quote jue10 25-3-2020 02:47 PM
Sb tu Mak aku bsg2 suh aku Pasang grill kt semua tingkap.
Quote nenekglamer 25-3-2020 02:51 PM
Aku macam nk gile nangis bila terlanggar kucing aku. Aku cuai. Kalau anak??? Tak dpt nk bayang
Quote chicozinn 25-3-2020 03:38 PM
Mak bapak budak tu mana?Ya Allah, ngeri aku dengar akak tu menjerit..
Quote minah_selekeh 25-3-2020 04:07 PM
Tak sanggup nak tengok video.. Malang tak berbau.. Perkara tak dijangka.. Moga tabah la ibu bapa kanak2 tu..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.080640 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top