CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dah Ikat Pun Hilang" - Doktor Luah Rasa Kecewa Hand Sanitizer Masih Hilang

25-3-2020 10:23 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 5992| Komen: 32|Original author: Oleh: : hafiz.ahmad


Permintaan terhadap topeng muka dan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer pada ketika ini sangatlah tinggi membuatkan harganya melambung dan kadangkala tidak masuk akal.

Lebih parah, topeng muka dan hand sanitizer turut dicuri di hospital, menimbulkan persoalan di manakah hati perut dan tanggungjawab si pencuri sebagai  rakyat Malaysia?


Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Terbaru, seorang doktor (Dr Mahyuddin) ada memuat naik dua gambar di Twitter yang menunjukkan hand sanitizer di hospital mereka sekali lagi dicuri. 

Lebih mengejutkan, pihak hospital sudah mengikat hand sanitizer tersebut dengan kabel wayar, namun telah dipotong oleh si pencuri.



Kecewa dengan situasi ini, Dr Mahyuddin ada menerangkan betapa pentingnya fungsi hand sanitizer kepada petugas hospital.



Di hujung penjelasannya, Dr Mahyuddin memohon agar kejadian ini tidak berulang lagi kerana ianya adalah harta kerajaan dan penting untuk petugas hospital.



Dalam saat getir ini, usahlah kita menyusahkan pihak frontliners. Semoga Malaysia segera bebas daripada Covid-19! - CARI
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • jujufakhri

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 25-3-2020 10:43 AM
Are you for real? Cable tie tu sip sipp sippp dah siap blh simpan dlm beg. Ingatkan betul2 guna cable wire. Lenkali for real, pls guna dawai tebal.
Quote matchstick 25-3-2020 10:46 AM
Semoga pencuri tersebut mampus cepat. Hidup menyusahkan orang
Quote electricopop 25-3-2020 11:07 AM
Agaknya nk kene letak CCTV kut kt tepi sanitiser tu.
Quote shernazz 25-3-2020 11:14 AM
Moga yang mencuri tu mati eksiden..senang ..
Terus tanam.je
Kalau covid 19..sure.doc ni nak kena hadap plak..bertambah lagi pesakit covid
Quote merrissa 25-3-2020 11:21 AM
adoiyaiii desperate sgt ke....sabun udah

xpon ni mst seller yg nk jual harga yahudi
Quote mialunar 25-3-2020 11:24 AM
Letak sanitizer dekat kwasan ade cctv.. Payah beno
Quote Aai2 25-3-2020 11:28 AM
Kdg2 terfikir manusia yg suka ambik brg org atau brg utk kegunaan org ramai,x ada rasa berdosa ke terutama bg muslim...bila anak2 x menjdi,x dgr kata kita nak salahkan siapa...
Quote evlinne 25-3-2020 11:51 AM
Bodoh x berperikemanusiaan btul la org yg curi barang2 hospital ni
Desperate pun xyah la sampai camni skli
Harap yg curi tu kena covid
Quote Megikari 25-3-2020 11:54 AM
Ni mesti dari keturunan sama yang suka curi botol sos kat kfc dulu ni
Quote palmolive 25-3-2020 11:56 AM
selama ni takder org perasan pun mender alah tu
Quote ellez 25-3-2020 12:22 PM
Kami punya kat ofis,guna yg auto hand sanitizer..lekat di wall tu..
Nak guna pun senang..
Botol pun tak lari kemana2..
Quote Cassieopeia 25-3-2020 02:42 PM
org awam yg ada temujanji n betul2 sakit je kan boleh g hospital. ke boleh nk dtg melawat skrg? mmg teruk tul siapa yg curi tu. mcm kt rumah xde sabun plak
Quote gorjeous 25-3-2020 06:06 PM
Bersangka baik.. shower gel rumah dia habis..
Quote Artemesiaa 25-3-2020 07:18 PM
Kat Jepun pun ada hadapi masalah macam ni masa mereka mula2 dilanda wabak ni dulu.  Lepas2 tu mereka terus pasang rantai besi kat botol untuk pastikan tak ada yang hilang lagi.  Bukan botol sanitizer je mereka gi rantaikan toilet paper pun kena rantai sama.
Quote any42 25-3-2020 07:24 PM
curi sanitizer dgn hrapan dpt protect diri dr virus yeh. ko sorang je la nk hdup kn. mesti dah kebal skrng virus xbrani nk dekat
Quote Jorja 26-3-2020 12:45 AM
Tu la, mesti sbelum ni ejek org germ freak segala. Skrg sanggup mencuri kerana covid 19. Org da lama amalkn guna sanitizer
Quote LemangGoreng 30-3-2020 12:35 PM
scru kan tros je dkt dinding tu ..mcm2 perangai eh
Quote biozipstar 10-4-2020 03:14 PM
buat labellah... "sape curi dose, masuk nerake" dulu2 kita tulis mcm tu sbb x nak adik beradik kita amek air milo dlm peti ais. hehehehe
Quote nesloice 10-4-2020 06:05 PM
rakyat malaysia memang creative
buat la mcm mana pun

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.084187 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top