Baru-baru ini, pihak Kesihatan Awam Malaysia (Public Health Malaysia) ada memohon bantuan kepada Datuk Seri Aliff Syukri untuk mendapatkan 200 alat bantuan pernafasan tambahan dalam membantu usaha membendung Covid-19. Ada dakwaan yang mengatakan dia tidak memberikan bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan dan berhadapan dengan penyakit wabak Covid-19 ini.
"Susah saya nak puaskan hati orang. Assalamualaikum kepada semua sahabat media sosial saya. Saya sebenarnya terlalu penat dengan sikap masyarakat dan juga netizen. Buat baik salah dan buat jahat pun salah. Saya bersedekah salah dan saya bagi zakat pun salah, " kata Aliff Syukri dalam status instagramnya. Pengusaha produk D'herbs ini menjelaskan dia sudah menghulurkan bantuan berpuluh ribu ringgit namun tidak menghebahkan perkara itu kepada orang ramai. Dia tidak mau dikata riak serta menunjuk-nunjuk sekiranya bantuan itu dihebohkan. "Adakah anda tahu sebenarnya saya telah membantu lebih daripada puluhan ribu ringgit untuk mereka yang susah dalam penyakit Coronavirus ini? Dan orang mengatakan saya tidak membantu.Saya meriak dan sebagainya. Sebenarnya korang nak apa?" soal Aliff Syukri di dalam Instagram. Dia turut meluahkan rasa kecewa apabila segala kebaikan yang dilakukan sentiasa dipandang serong oleh segilintir masyarakat. Bagaimanapun, Aliff Syukri berkata dia tetap ingin menderma kepada orang ramai yang memerlukan bantuannya. Dia berkata akan menyediakan tambahan RM30,000 untuk mana-mana pihak yang memerlukan dengan meninggalkan komen di Instagramnya. Dia turut memberikan nombor telefon pengurusnya untuk dihubungi oleh pihak Kesihatan Awam Malaysia. Serba salah dibuatnya. Jika menghebohkan pemberian derma,dia dikatakan menunjuk tetapi jika diam,dikatakan kedekut dan tidak menolong pula. Apa pun,sifat dermawan Aliff Syukri patut dipuji. Janganlah kita mempertikaikan setiap tindakan dia hingga tawar hati untuk menderma lagi selepas ini.-CARI
|
xAthenax replied at 28-3-2020 11:10 AM
bila baca cronola yang ditulis
teringat pula
ADVERTISEMENT