Individu dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang terjejas ekoran penularan wabak Covid-19 dibenarkan untuk menangguhkan pembayaran pinjaman bank masing-masing secara automatik selama enam bulan berkuatkuasa April depan. Bank Negara dalam kenyataannya memaklumkan penangguhan pembayaran itu meliputi hampir kesemua pinjaman daripada institusi kewangan kecuali baki hutang kredit kad. "Bagi baki hutang kad kredit, pelanggan akan ditawarkan pilihan untuk menukarnya kepada pembiayaan jangka pendek tidak lebih dari tempoh tiga tahun. "Institusi kewangan tempatan diminta membantu pelanggan dalam kalamgan peminjam individu dan IKS tentang prosedur penangguhan pembiayaan terbabit sepanjang tempoh moratorium berkenaan," menurut kenyataan tersebut yang dipetik menerusi portal The Star Online.
Bank Negara memaklumkan penangguhan pembayaran berkenaan terhad kepada pelanggan individu dan IKS sahaja. Menurut kenyataan itu, pihak bank terbabit digalakkan untuk mempertimbangkan permohonan pelanggan sektor korporat yang turut terjejas akibat wabak Covid-19. - CARI
|
marla69 replied at 24-3-2020 11:19 PM
Ni termasuk byran pinjaman kereta, kad credit sekali ker.
boojaat replied at 24-3-2020 11:35 PM
Kurang jelas laaa.. ni automatic jd semua bank kena patuh ke? Kt x perlu request kan? Sebab sebelum ...
yuki812 replied at 24-3-2020 11:35 PM
tanda2 akan confirm extend MCO.
boojaat replied at 24-3-2020 11:35 PM
Kurang jelas laaa.. ni automatic jd semua bank kena patuh ke? Kt x perlu request kan? Sebab sebelum ...
Tinot7 replied at 24-3-2020 11:44 PM
kalau bayar mcm biase, camne? still extend ke?
yuki812 replied at 24-3-2020 11:50 PM
rasa kena bgtau bank atau kalau continue bayar pon ok kot. takde problem.
sebab bila extend bay ...
dino replied at 24-3-2020 11:39 PM
2 hingga 6 minggu
aku skrg takleh pindah rumah sbb covid ni,. so tangguh dua rumah. mmg klau auto ...
yuki812 replied at 24-3-2020 11:35 PM
tanda2 akan confirm extend MCO.
putehh replied at 25-3-2020 09:33 AM
yup....mcm kerajaan dh buat keputusan tp x nk annouce je...dgn boleh kuarkan KWSP..loan bagai ni.. ...
ADVERTISEMENT